Pages

Thursday, May 14, 2020

Tips hadapi zaman gawat dari Nabi Yusuf (kupasan Dr Zaharuddin)

Assalamualaikum. Kali ni saya nak share tentang perkongsian Ustaz Dr Zaharuddin tentang Strategi Nabi Yusuf Menghadapi Zaman Gawat. Sangat menarik dan membuka mata. Ustaz Dr merupakan seorang yang sangat berilmu, telus dan berterus-terang. Jika anda suka bab kewangan/ ekonomi boleh follow beliau.

Perkongsian strategi tersebut adalah berdasarkan ayat-ayat berikut:

(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

Surah Yusuf: ayat 46

Untuk memudahkan, pada waktu tersebut Nabi Yusuf dipenjara dan Raja mendapat mimpi. Tiada siapa yang dapat mentafsir mimpi tersebut beliau kecuali Nabi Yusuf. Dan berikut adalah jawapannya:

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".

Surah Yusuf: ayat 47-49

Sebagai ringkasan, ini adalah point yang saya dapat keluarkan dari perkongsian Ustaz Zaharuddin tersebut. Saya cuba cari video di Youtube tetapi masih belum ada. Mungkin tak lama lagi ada insyaAllah. Banyak point dari sudut kerajaan (kerana Yusuf membantu kerajaan Mesir ketika itu) tetapi saya cuba kaitkan dengan kehidupan kita iaitu rakyat marhaen agittew. Selamat membaca!

1. Peranan ketua keluarga.

Ok ibu bapa adalah ketua sesebuah keluarga. Jika kita hendak mula berjimat, atau telah kehilangan pendapatan, terus-terang kepada mereka yang bergantung kepada kita. Beritahu ibu bapa/ anak-anak keadaan sebenar yang kita lalui. Ini supaya mereka BERSEDIA dan tidak teruskan amalan kehidupan lama kita. Lebih baik kita bersusah sekarang sebelum mereka menangis kemudian. Kita kena TELUS.

2. Pertanian adalah masa depan

Agittew dah macam iklan. Tahniah kepada yang dah mula bertani sendiri. Sebenarnya pertanian adalah satu sumber pendapatan berpanjangan masa depan. Mana yang ada tanah boleh develop kepada sawah/ kebun dengan teknologi. Perikanan, penternakan juga adalah bisnes masa depan. Lakukan dengan ILMU. Dr Zaharuddin berkata pada masa depan, siapa ada bekalan makanan, dia akan menjadi BOSS. 

Pertanian ni akan berjaya jika jumlah pengeluaran melebihi penggunaan. Berdasarkan ayat di atas sebahagian hasil perlu disimpan dan sebahagian lagi dimakan. Satu penemuan di Mesir, gandum yang disimpan di dalam tangkainya selama 2 tahun (seperti ayat di atas) masih baik manakala gandum yang telah diproses mengalami penurunan nutrisi 30% dan mendapat serangan serangga. Bayangkan siapa yang beri ilham kepada Nabi Yusuf untuk beri tafsiran begitu dan ilmu itu merentasi zaman?  I iz wanna cry T_T

3. Bekerja lebih kuat sebelum musim gawat tiba

Mungkin kerajaan masih tidak mahu buat kita panik. Saya selalu baca perkongsian Ustaz Zaharuddin ini dan faham kesan ekonomi yang bakal tiba. Bukan hanya sektor swasta, sektor kerajaan akan turut terjejas. Sebab gunung yang tinggi jika ditarah lama-kelamaan akan rata juga. Semua negara menutup pintu dan tiada lagi eksport makanan dan turn around ekonomi. Semua negara perlu berdiri atas kaki sendiri.

Nasihat beliau kerja lebih kuat SEKARANG. Pastikan ada duit yang masuk dan PKP bukan masa untuk berehat. Cari ilmu baru dan JANGAN memilih kerja. Kerja yang ada market sekarang seperti bidang teknologi manakala yang mudah seperti affiliate dan dropship. Belajar jika kita tak tahu.

4. Berjimat

Kalau lihat Poslaju pos 770,000 parcel sehari rasanya kita belum berjimat sangat (termasuk sis T_T). Ya beliau nasihat jimat berdasarkan ayat di atas. Jika biasa berbelanja 300 sebulan, cuba jadikan 200. Perkara ni hanya boleh dicapai kalau semua ahli keluarga bekerjasama dan faham. Jangan beli barang makanan guna kad kredit (beliau cakap ini menganiaya diri sendiri sebab faedah tinggi), jangan buat pinjaman tak perlu (kecuali untuk kembangkan bisnes berpotensi: pertanian, essential etc dan untuk imu yang berguna). 

Pendek kata BERJIMAT. Bagi saya trace your own spending aje boleh curb perangai berbelanja ni. Cuba buat ok. Beli buku dan tulis.

5. Menyimpan semasa senang

Baik dah penat-penat kerja simpan sebahagian untuk critical time. Bila zaman kritikal, guna duit tu. Asingkan terus duit ini di tempat yang susah nak keluarkan. Ni bukan yang tetiba nak beli baju tu kita godek balik ya akaun tu. Ada orang beli saham dan ada juga beli emas/ hartanah (tapi ni lambat nak dicairkan lagi-lagi musim PKP ni). Boleh buat simpanan jangka pendek dan panjang. Simpan ni supaya duit tu bertambah dan tidak statik sahaja macam your money is working for you agittew. Benda ni juga perlukan ILMU. Melabur untuk ilmu pun adalah satu keperluan.

SIMPAN ni require disiplin. Kita kena tau kenapa kita nak simpan tu. Jadi angin ribut taufan ke kau cool aje tak keluarkan kecuali bila saat diperlukan. Bila ada duit sebahagian kita WAJIB simpan.

6. Stok makanan

Sebenarnya tip ni ada penonton program yang tanya. Menurut Dr Zaharuddin berdasarkan ayat tersebut memang kita perlu simpan stok. Tetapi jika simpan terlalu banyak beras/ tepung mungkin akan rosak. Jadi kalau nak dikira tahap reasonable adalah stok 3 bulan. Cuba catitkan tahap penggunaan kita dan beli ikut keperluan. Sekarang pun kerajaan selalu war-warkan stok cukup tapi ini lebih kepada latihan (drill) untuk kita bersedia. Kut beli lebih nanti nak letak di mana? Jadi rancang dan beli barang yang penting sahaja. Actually perkongsian tu banyak untuk kerajaan juga supaya kaji teknologi buat makanan tahan lama, kena banyak R & D.

Ok untuk menonton perkongsian ini boleh pergi ke:



Satu pengajaran yang saya dapat adalah Nabi Yusuf ni memberi tafsiran mimpi kepada Raja yang memenjarakan dia. Maksudnya membantu orang yang menyusahkan dia. Kita kalau orang buat hal rasa nak pedajal balik je kan astaghfirullahal azim T_T. Kalau kita sering didengarkan dengan kehensemen Nabi Yusuf ni, kita patut rasa kagum dengan ketinggian peribadinya dan skill pengurusan bencana yang membantu kerajaan Mesir dahulukala. Terima kasih kepada Tadabbur Centre atas usaha murni berkongsi topik ini semoga Allah swt sahaja yang akan membalasnya.

Ok itu sahaja. Semoga bermanfaat. Tak ada sesiapa announce ekonomi akan gawat tetapi kita boleh berfikir sendiri/ membaca dan mendengar. Let's do something that won't make us regret later.

Salam Ramadhan!

Love from Melaka.