Pages

Showing posts with label mealprep. Show all posts
Showing posts with label mealprep. Show all posts

Monday, March 23, 2020

6 tips berjimat sewaktu perintah berkurung Covid 19

Assalamualaikum. Dekat 3 bulan baru nak update blog. Nampaknya virus Corona memberi sedikit kebaikan kepada saya (blog updated). A blessing in disguise mat salleh kata hehe.

Perkataan 'perintah berkurung' mungkin bunyinya keras sedikit, tapi itulah realitinya. Kita perlu berkurung di kediaman sendiri. Berbeza dengan zaman nenek moyang kita dulu (zaman Jepun), kita kini berhadapan dengan tentera senyap dan halimunan. Makanan juga mudah didapati (walaupun terhad) dan ada akses perhubungan media massa. Kita mungkin bertuah sedikit.

Alhamdulillah setakat entri ini ditaip, kita telah melalui 6 hari perintah kawalan pergerakan. Kali ini saya nak kongsikan tips bagaimana untuk berjimat sewaktu melalui tempoh berkurung ini. Saya sendiri try dan error melalui hari-hari ini, mencipta rutin supaya tak stress. Saya log off Instagram sebab saya rasa nak berehat. Kebetulan beberapa minggu sebelum ini saya terlampau sibuk. Again there are blessing in disguise in this difficult time, I may rest from my office work.

Isteri dan mak-mak ni kan merangkap pegawai perbendaharaan rumah. Kita ni benda kecil-kecil pun boleh fikir sebegitu detail. Macam nak kirim beli barang pun kemain banyak pesanan penaja haha. Tips ini saya amalkan untuk mengelakkan kestresstan hidup yang teruk sepanjang berkurung dengan anak-anak hehe.

1. Buat senarai barangan penting



Saya ni sebenarnya tak suka beli barang banyak sebab malas nak kemas, tapi kali ni saya berubah. Kali ini saya senaraikan barang penting keperluan di rumah. Nak senaraikan mudah sahaja, buka laci dapur, peti sejuk atau apa barang yang dah nak habis tulis dalam 1 buku. Saya telah bahagikan kepada 3 kategori penting semasa zaman berkurung iaitu:

a. Barang dapur (basah dan kering) - untuk masak dan makan
b. Barang kebersihan rumah - untuk bersihkan rumah (sabun, pelembut, pencuci lantai)
c. Barang penjagaan diri - untuk jaga kesihatan (vitamin, syampu, sabun mandi)

Macam barang dapur yang penting bagi saya beras, minyak, tepung, telur dll. Sentiasa fikir kalau betul habis stok makanan basah apa yang kita boleh masak.

Kebersihan rumah sangat penting waktu macam ni termasuk bab laundry. Kali ni ada tambah mask, gloves, sanitizer, Dettol, disinfectant wipes segala.

Penjagaan diri saya masukkan vitamin dan wajibkan semua orang makan.

Beli barang yang penting dan perlu sahaja. Invest pada barang untuk kenyang, bersih dan sihat. Bila kita ada dekat rumah 24 jam kita dah boleh detact apa yang kita PERLU sangat-sangat. Make a list.

2. Simpan stok dengan teratur



Bila dah beli, boleh simpan stok dengan kemas dan boleh dilihat. I am a visual person maknanya saya kena lihat baru akan guna barang tu. Pantri saya ni kebetulan baru dikemas akhirnya sekarang saya letak stok makanan dan detergen. Ada juga yang disimpan di dalam kabinet dapur. Tak kira anda simpan di mana, make sure the place is visible and easy to reach. Macam kau letak di ceruk kabinet yang kau benci (sebab sepah lom kemas) tak boleh macam tu. Nanti barang tu akan expired sampai sudah kat situ. Bakul-bakul atau container yang sama jenis pun tak penting. Yang penting barang tu tersusun dan mudah dilihat sahaja.

Bila dah susun kita akan guna semua barang dan tak membazir.

3. Simpan barang basah dengan betul



Tau tak benda yang paling meletihkan saya sepanjang tempoh berkurung ni? Prep barang basah! Tengok suami bawak balik gerombolan sayur dan hidupan aje kaki dah gigil-gigil berpinar kepala rasanya. Bila zaman Covid 19 ni sayur pun semua nak kena cuci dulu sebelum simpan. Kadang sis pun berendam air mata kat sinki tu sambil mengemas benda-benda ni haha.

Barang basah saya beli dalam 4-5 hari punya stok. Semua ikan/ ayam/ sotong/ daging dicuci bersih dan simpan ikut portion nak masak. Sayur pun sama semua akan cuci bersih sebelum simpan dalam peti sejuk. Sebab tu tak boleh beli banyak dia tak akan tahan lama bila dah kena air.

Saya biasa masak ikut request jadi tak ada pembaziran. Bila prep ni amalkan kebersihan tahap tinggi ok. Plastik bungkus barang terus bungkus lagi sekali dan buang dekat tong luar rumah. Cuci tangan dengan kerap. Masak dan habiskan stok on time.

4. Be the chef on call



Sebelum berlakunya perintah berkurung ni, saya ada kesal juga sebab ada masa saya sibuk sangat tak dapat masak untuk family. How I wished I ada masa untuk masak dari pagi ke malam. Tadaaa.. Tuhan Maha Mendengar. The best part of the day adalah tanya anak-anak besok nak makan apa? Aiman yang selalu tak kesah, Ica pulak picky eater tapi kalau dia bagi markah macam 20 bintang out of 10 bintang gitu haha. Kadang rindu kat arwah Mak, macamanalah dia layan kitorang 5 orang macam-macam peel nak makan itu ini 😂.

Memang penat masak ni, apatah lagi kita masak dari pagi bawa ke malam. Tapi kita dipilih untuk galas tanggungjawab ni, menjadi frontliner family kita. My main mission adalah sediakan makanan yang mengenyangkan, bersih dan sihat untuk family. Ada juga tapau support biz kawan-kawan. Tak kira masak atau tapau, choose the best for our family. Yang penting kalau dah stress dan penat tu, boleh tapau di tempat yang reliable.

5. Elakkan 'boring shopping'

Actually bila bosan, kita mudah nak membeli betul tak? Macam nak beli barang dapur kat Tesco online tu ada je yang menarik perhatian. Tapi dekat sini yang kita perlu pastikan benda tu betul-betul perlu. Jangan beli tepung yang guna setahun sekali. Beli rempah yang guna bila ada resipi viral aje. Sampai sudah nanti benda tu terperuk dalam laci sampai expired.

Bila duduk rumah pulak ada aje otak memikir nak kemas itu ini (nak beli bakul/ container segala). Lepas tu nak try masak itu ini, dulu takde pun nak buat kek. Jadi kebanyakan feel tu datang dari rasa bosan kita dan online marketing yang kaw-kaw. Dengan sale yang sedang berlangsung di sana sini, buat otak kita sentiasa fikir nak membeli. Sedangkan hakikatnya, ekonomi kita sedang merudum dan ribuan orang telah/ sedang/ mungkin kehilangan pekerjaan.

If you have salary at the moment, have extra money now, please keep it. Think wisely before you shop. Avoid 'boring shopping'!

6. Groceries online shopping



Satu perkara yang saya mula cuba dalam tempoh ni adalah beli barang menerusi Tesco online. Selalu tak triggered pun sebab sentiasa ke kedai dan barang pun beli tak banyak. Yang bestnya online shopping ni kita boleh tengok semula barang yang kita add to cart. Step dia mudah sahaja:

1. Daftar (download the apps)
2. Book a slot (perlukan details kad debit/ credit) tapi duit tak tolak lagi
3. Add to cart (boleh sort dari harga terendah ke mahal)
4. Revise your order until a day before delivery
5. Receive the order. Bayaran akan ditolak masa tu secara online

Saya cuba elak suami kerap sangat pergi beli barang. Dia cuma beli barang basah dan urgent sahaja. Semua barang ada dekat sini, boleh sort ikut harga murah ke mahal. It is really convenient.
..........

Tujuan saya share adalah sebab tak nak orang membazir sebab walaupun lock down kita still boleh beli barang. Guna duit yang ada dengan cermat. Nak comfort food sekali-sekala tak ada masalah. Saya ada dengar pandangan pakar ekonomi dekat tv dan radio and it is quite scary. Oh ya avoid panic buy just beli barang untuk 1-2 minggu sahaja. Just create a routine pukul berapa nak masak, kemas, rehat, bersenam (gittew) dan beribadah. Tuhan beri kita rehat for a purpose dan Dia juga sedang menguji kita.

Ok itu sahaja coretan kali ni. 2020 is hard but we've got this!

Take care and stay safe!

Sunday, October 27, 2019

7 tips mudah buat foodprep setiap minggu (walaupun sibuk sangat)

Hai assalamualaikum. Ada orang pernah beritahu saya, dia dah beli bekas semua, tapi masih tak dapat buat foodprep dengan konsisten. Niat tu dah ada, tapi masih tak ada kesempatan. Jadi kali ini saya share 7 tips mudah untuk buat foodprep ni walaupun kita sibuk sangat.

Setiap orang bagi saya ada kesibukan yang tersendiri. Ada orang sibuk dengan kerja, keluarga, balik kampung masa weekend, part time, menjaga keluarga yang sakit, lone ranger dan 1001 macam lagi. Apa yang kita lihat di media sosial biasanya adalah 10 atau 20% daripada kehidupan sebenar seseorang.

Saya sendiri bekerja pejabat dan ada hari perlu travel ke luar daerah, tolong menjaga bapa yang sakit (masuk wad setiap minggu untuk rawatan), menjaga 2 anak yang sedang membesar dan suami saya juga sangat sibuk. Tapi kami cuba adapt dengan semua kesibukan ni, jadi dapatlah saya kongsi beberapa tips di blog ini.

Jadi trust me saya faham betapa sibuknya anda di luar sana. Setiap seorang dengan cerita yang tersendiri. Foodprepping has been the game changer in my life. I now able to cook daily for the family transforming from the lazy bum 😂 to the cooking mama, and saving a lot of time, energy and money.

Saya kongsi 7 tips mudah buat foodprep setiap minggu di sini.

1. Simpan satu buku nota kecil



Atas ni pic my mini office di dapur. Saya sentiasa simpan buku nota dalam handbag dan juga di dapur. Buku nota di dapur saya tuliskan senarai barang yang nak dibeli- dipecahkan kepada beberapa kategori. Contoh ada list untuk 'Pasar' dan 'Speedmart'.

Pasar biasanya untuk suami- beli bahan masak mentah.
Speedmart- untuk saya beli stok bahan kering yang habis (rempah, santan dll.)

Kalau waktu kerja teringat saya akan tulis dulu. Nanti balik baru kategorikan.

Bagi saya penting untuk saya tulis 'Tempat' dan 'senarai barang' sebab saya ni pelupa haha. Kadang dah pergi tempat tu tapi sebab list tu bercampur- campur jadi tak perasan. Nak kirim dekat suami pula kena betul- betul tulis apa/ berapa ketui bagi mengelakkan kesilapan yang menjurus kepada bebelan. Orang tu tolong salah, tak tolong pun salah wakaka. 

Kadang saya tulis juga dekat 'Notes' phone, tapi tak berapa nak ingat. Bila tulis dengan pen baru macam betul- betul melekat dekat otak (adakah faktor usia? 😂). It's up to you as long as you ada notes, you ll be fine. 

2. Ada buku resipi sendiri

Pernah tak berangan ada buku resipi sendiri? Saya tak pernah tapi sekarang ada haha (buku kaler peach gambar kaktus kat atas tu). Buku resipi ni letak favourite recipe keluarga kita. It's so easy to terpengaruh nak masak resipi- resipi viral ni, tapi bila buat hanya dipandang sepi. My family suka makan nasi jadi saya memang masak nasi hampir setiap hari dan lauk Melayu. 

Dekat buku resipi ni saya tulis mana- mana resipi yang saya dah masak dan semua orang suka makan. Menu basic yang bahan senang, mudah dibuat masa nak cepat are my favourites. Ada juga resipi cookies kegemaran anak- anak. Kek diorang makan sikit- sikit nanti saya yang habiskan so tak payah buat (nanti mak yang gemuk).

Resipi senang dan mudah follow dari Ig Yatiekitchen, Cikinadodocheng, Wanakamal79 dan Icookweeat. Buat cookies pula dari Danishharraz. Tulis simple aje dalam tu: bahan, step dan note to myself (apa yang korang nak tokok tambah).

3. Tipuware/ bekas yang sesuai dan mencukupi

Bab beli tipuware ni biasa mak- mak dan isteri memang rajin. Gigih aje kita meneliti katalog Tupperware tu kan.  Sebenarnya tak kesah pun guna tupperware apa. Tips saya guna tuppeware yang jernih supaya nampak isi dalam tu, nak label pun boleh. Saya tak label sebab setiap minggu ada berapa bekas tu aje jadi memang boleh tau apa isi dalam tu.

Kalau suka beli ikan yang panjang/ lebar, cari bekas yang sesuai. Begitu juga dengan sayur. Beli sedikit- sedikit kalau perlu supaya tak membazir dan nanti nak sedia ruang nak simpan tipuware tak pakai pula (seperti sis T_T). 

Tipuware yang baik biasanya ada lambang 'sudu garfu' (food safe) dan 'segitiga recycle' ada nombor 5 (BPA free) di tapak dia. Untuk freezer boleh guna yang ada lambang 'snowflakes' Frozen tu supaya bekas tak mudah retak.

4. Beli stok bahan masak yang mudah didapati



Kalau sibuk suami saya akan beli stok ayam dan lamb frozen di kedai frozen Muslim berdekatan. Bukan untuk racist tapi sebab memudahkan dan to support local community. Ayam dan lamb tu adalah halal, siap dicuci bersih dan carefully chosen dari muslim supplier. Jadi jimatkan masa kita nak mencuci, beli terus simpan dalam freezer. Saya akan cuci lagi bila nak guna nanti.

Selain tu saya juga guna bawang merah siap kupas, cili boh dan ikan bilis siap kopek. Ada orang dia memang tak biasa guna barang siap sedia macam ni. Terpulang pada citarasa masing- masing. Cuma saya tak beli pes siap sebab rasa mahal dan lagi mudah terus masak dari scratch.

Kalau sibuk, cuba cari pilihan yang lebih mudah yang ada di sekeliling kita. Harga mungkin mahal sedikit, tak sesegar dari pasar tapi bila masak sendiri lagi puas hati dari beli kan.

5. Prep dengan hati yang tenang

Sebenarnya prep ni adalah mind game. Siapa aje yang rajin nak prep ni. Biasanya bila nak prep saya akan kemaskan dapur dulu bagi clear, siapkan makanan yang simple untuk anak- anak (sup, tomyam, bubur) supaya dorang tak kacau masa saya prep/ tapau makanan siap- siap, siapkan satu mug kopi kat tepi dan mula prep bahan satu persatu.

Ayam- saya akan rendam, buang gumpalan darah, rendam dengan sedikit tepung (any tepung), bilas.
Ikan- cuci bawah air laju, buang gumpalan kotor/ darah, bilas.
Daging- bilas dan simpan.
Sayur berdaun- rendam dengan sedikit garam/ cuka/ baking soda, bilas.
Lain- lain- jika perlu bilas air, biar kering sedikit, simpan.

Kalau sibuk sangat, saya tak prep sekaligus. Satu hari satu atau dua bahan sahaja. Asalkan esoknya saya boleh masak. Kalau kita masak tapi cranky sebab penat pun tak bagus juga kan (buat dosa aje haha).

6. Kemaskan peti sejuk



Bahan prep biasanya kita simpan di peti sejuk. Susun bahan siap prep ni di bahagian yang mudah nampak. Bahan yang dah lama/ tak tau bila nak masak/ dah expired baiklah kita keluarkan aje. Bila ada benda- benda lain ni dia akan jadi physical clutter dan buat kita jadi lomah badan nak masak 😂. Item yang selalu guna kalau tak simpan dalam bekas bertutup pun ok. Macam saya dah hari- hari nak capai serai, letak dalam balang terus.

Again, it is mind game. Isi barang nak masak dalam peti, peti pulak kemas dan bersih (di mata kita), lama- lama kita akan masak juga nanti.

7. Letakkan barang untuk masak setempat



Bila dah siap prep, jangan lupa jenguk bahan wajib untuk lengkapkan masakan pula. Tempat garam dan rempah-rempah kena ada berdekatan dan kemas. Bagi orang yang recipes limited like me, cukup ada simpan rempah- rempah yang perlu aje sebab kalau ada banyak sangat lama- lama akan expired guna sekali aje. Know yourself very well and start organising your essential cooking items.

Bila barang ni diletak setempat, kerja memasak nanti akan jadi cepat, mudah dan menyenangkan hati.

.....

Foodprep ni memang bukan untuk semua orang. My late mom dulu takde pun foodprep sebab hari- hari orang jual ikan datang rumah naik motor dan van depan rumah. Tengah masak pergi ambil daun kunyit kat kebun sat. Tapi saya hidup di zaman yang berbeza yang mana foodprep ni sangat memudahkan dan membuatkan saya rajin sikit nak masak hari-hari.

Apa- apa pun perkara di dunia ini, jika dimulakan dengan niat yang baik, pasti akan dipermudahkan. Sentiasa sebut dalam hati, even during your most sibuk gila days, I wanna cook for my family.

It must be something that you still read this post until this very line. It is either you really want to know the tips or you are a pro cuba nak kaji keberkesanan post I ni haha #sisseram. Apapun semoga sharing ini akan dapat membantu beginner foodprep di luar sana. Satu langkah yang kecil setiap hari may lead to bigger change in the long run. Good luck and lets prep together. See you again next week, bye!

Sunday, October 20, 2019

10 tips masak dengan cepat setiap hari (untuk beginner)

Hai assalamualaikum. Ada sekali dekat blog lama saya, seorang pembaca tulis begini:

'Terima kasih sebab berkongsi. Saya cuba nak masak setiap hari bulan depan sebab kami suami isteri dah tak larat makan di kedai tiap-tiap hari. Harap dapat kongsi menu masakan juga. Terima kasih!'

Lebih kurang macam tu. Pada masa tu saya kongsi tip untuk sedia foodprep. Bila baca tu saya teringat diri saya beberapa tahun yang lepas. Saya bukan sahaja malas masak 😂 tapi tak pandai pula tu. Saya mungkin suka masak tapi rasa persediaan dia dan nak kemas tu agak renyah sedikit. Pagi dah bawa turun ikan/ ayam tapi bila balik kerja pergi order dekat kedai tomyam haha. Masa tu anak pun kecil-kecil lagi depa bernyanyi riang (baca: bergaduh, melalak, minta 1001 perkara) masa kita nak masak, jadi kedai makan/ fast food adalah our bestfriends.

Terima kasih kepada yang tinggal komen di blog lama saya tu. Sebab komen awak tu saya share post ini. Post ini khas untuk beginner atau orang yang baru nak cuba masak setiap hari. Saya telah cuba masak setiap hari sejak tahun lepas dan sejak April tahun ni saya masak setiap pagi sebelum pergi kerja. Mula-mula memang susah tapi lama-lama dah terbiasa. Dan awas kepada yang dah biasa masak setiap hari this post is seriously  not for you. Post ini untuk mereka yang macam saya. Those who are not born to cook hehe. But willing to learn.

Ok dekat sini saya senaraikan tips ringkas bagaimana saya boleh masak dengan cepat setiap hari. Walaupun saya masak pada waktu pagi, anda boleh sesuaikan dengan jadual sendiri.

1. Sediakan alatan masak yang mencukupi

Alatan masak yang wajib seperti kuali, periuk, sudip, periuk nasi. Tip saya adalah guna periuk non stick. Non stick ni biasanya mahal sedikit tapi dia cepat masak, susah nak hangus (we are multitasker remember?) dan mudah nak cuci.

Contohnya saya guna periuk nasi Tefal ni dia tak berkerak jadi tak membazir. Bila nak cuci lalu air panas aje dah tanggal semua (tak rendam pun boleh). Nasi pun tahan lama saya masak dari pagi (tanpa 'keep warm', saya guna beras herbaponi). Harga periuk ni dulu dalam RM180. Saya beli pun masa periuk lama dah rosak.


Masak pula saya guna wok @ kuali deep dari Mr Diy ni. Tak kira lauk berkuah atau goreng, semua masak dalam ni. Kalau dua lauk, saya guna 2 kuali. Bila balik tengahari panaskan sekejap. Sebab saya memang balik makan di rumah tengahari jadi tak perlu simpan lauk dalam peti sejuk. Kuali ni pun mudah dicuci jadi tak perlu sental beria. Harga kuali ni di Mr Diy RM40++ satu.



2. Sediakan bahan masak lebih awal @ prepping

Yang ini saya selalu kongsikan di Instagram. Beli bahan masak yang family kita suka dan mudah dimasak. Beli ayam/ udang/ ikan/ sotong/ daging dan siap dibersihkan untuk dimasak. Kalau ada yang lebih mudah macam servis barang basah mentah hantar ke rumah tu boleh cuba (dekat Melaka ni tak ada). Macam saya, saya guna cili boh, beli bawang siap kupas dan ikan bilis siap kopek. Apa- apa sahaja yang memudahkan kita. Daging batang pinang misalnya cepat empuk walaupun dia mahal sedikit.

Tip saya: cuba tukar baru penapis atau colander set yang digunakan dalam proses mencuci tu. Sebelum ni penapis saya dah 7-8 tahun kot. Tengok pun takde mood. Jika nak semangat memasak bolehlah cari set penapis baru, papan pemotong baru, pisau barulah semangat kita nak prep kan.

Set colander ni saya beli di Mr Diy. Ia BPA free dan food grade (jadi selamat untuk letak makanan). Kalau nak celur mi saya guna bekas + penapis besi. Sebab air panas kalau kena plastik boleh mengeluarkan racun jadi hati-hati ok.


3. Sediakan menu yang mudah dan disukai semua

Sebenarnya saya masak resipi yang hampir sama aje setiap minggu. Yang penting keluarga saya suka makan menu tu jadi tak penat masak asing- asing. Saya cuba masak nasi setiap hari sebab nasi lebih mengenyangkan. Bila dah biasa masak biasanya kita ingat dah bahan- bahan yang nak guna untuk masak tu. Jadi lebih mudah nak prep.

Tip saya adalah sediakan buku resipi yang ringkas. Dalam tu ada senarai bahan dan step masak. Bila nak beli barang tengok list tu jangan ada tertinggal barang.

Menu yang selalu dimasak di rumah saya:

Sambal, masak lemak, asam pedas, kari, tomyam, sup, goreng kunyit, sayur campur.

Ulam, salad (senang tak payah masak haha).

Bahan-bahan tu rotate je dengan bahan basah yang ada. Stok telur dan sardin wajib ada. Time malas atau lauk habis memang syok layan telur goreng dan sardin.

4. Rancang nak masak apa dari malam sebelum

Malam sebelum nak masak tu, siap- siap rancang nak masak apa. Turunkan dari bahagian freezer ke bawah. Sebab bila bahan nak masak tu masih beku, hati kita pun membeku tiba- tiba malas nak masak 😅. Bila tengok peti tu pun jenguk bahan semua cukup ke? Kalau tak cukup boleh pergi beli lagi. Kalau kurang cekap memasak macam saya, saya banyak belajar masak dari Ig: Yatiekitchen, CikInaMail, Wanakamal79 dan Icookweeat. Semua ni adalah guru masakan saya. Thank you sisters!

5. Masak nasi dulu

Walau excited macamana pun, kena masak nasi dulu. Pernah tak dah siap masak, lepas tu tengah lapar gila, nasi tak tekan pun lagi 😂. Saya biasa set masa masak selama 1 jam aje dah siap masak + cuci alatan + lap kaunter dapur sekali. Tempat tos pinggan penuh don't care. Janji lunch and dinner are ready! Jadi saya tak perlu pening nak tapau makanan dan keluar masuk kereta di tengahari/ petang lagi.

6. Sambil masak, kemas

Bila prep ni kelemahan dia bekas tipuware tu banyak sikit. Jadi sambil masak tu siap- siap kemas sinki sekali. Pagi saya siapkan sarapan simple juga untuk suami dan anak- anak. Jadi bekas-bekas tu memang ada. Sambil masak, tangan tu laju mengelap kaunter semua. Spray cuka putih + air sentiasa ada kat tepi.

Lagi satu, sebab guna kuali non stick tu saya tak risau sangat terhangus ke apa haha. Buka api tu pun agak- agak sikit jangan besar sangat kita kan amatur (motip nak goreng sayur sampai api naik atas kuali? 😂 ).

7. Jaga kesegaran lauk (kalau masak awal)

Bila dah siap masak, jangan terus tutup kuali rapat- rapat. Saya akan buka kipas kuat dan biar lauk tu sejuk sedikit sementara saya bersiap nak pergi kerja. Kain lap yang bersih dah siap sedia dekat tepi kuali. Bila tutup tu pun masih ada air menitik jadi terus lap kering penutup kuali tu. Kalau lauk berkuah memang kena hati- hati takut basi. Kalau sambal tu ok aje insyaAllah tahan. Bagi yang masak pagi dan petang baru balik, boleh simpan dalam peti sejuk. Dulu saya masak dalam periuk Corningware terus sebab muat masuk peti sejuk (tapi periuk tu cepat panas). Tapi sekarang saya letak dalam kuali aje cuma tengahari mesti panaskan semula.

Kalau masak petang saya akan simpan sebahagian untuk lunch esoknya. Jadi esok pagi tu saya masak nasi sahaja.

8. Ringkaskan kerja rumah yang lain

Masak memang mengambil masa jadi saya ringkaskan urusan yang lain. Siap masak saya akan power sweep (sapu cepat) satu rumah, lap meja makan dan ikat sampah siap- siap nak buang nanti. Saya masak dari 6.50- 7.50. Baju dah sidai dari malam sebelum (indoor drying). Baju kerja pun mostly ironless. Dengan cara ini saya tak rasa kena sacrifice oh bila masak, tak sempat nak buat kerja rumah. InsyaAllah tak ada feeling macam tu.

9. Masak secukupnya

Dulu saya pernah buat pes masakan supaya senang nak masak. Tapi sekarang tak buat lagi sebab buat pes ni dia double penat + kecah semua. Apa yang penting saya tahu portion secukupnya untuk keluarga saya makan jadi makanan tak terlampau terlebih atau kurang. Contoh: ayam potong 12 tu untuk lunch + dinner cukup. Kalau hari anak ko-ku tak balik saya akan kurangkan sedikit.

Kenapa kurangkan? Sebab handle leftover food ni letih (banyak bekas) dan memenuhkan peti sejuk. Saya ok je makan leftover tapi family saya suka lauk yang baru. Jadi malam- malam saya akan buat lelongan - 'ok nasi ada lagi dengan ayam 1 ketul, sape nak???' Ha biasa Aiman atau Papa dia akan perabiskan. Simpan sikit- sikit tu ok. Dengan cara masak secukupnya ni tempoh masak 30 - 45 minit tu akan mencukupi.

10. Tahu kenapa sebenarnya kita nak masak hari- hari

Bila saya belajar prep makanan, saya terfikir bila makan dekat luar, restoran ni bersihkan ke bahan mentah (ayam/ sayur/ telur dll) betul- betul macam saya buat dekat rumah? Berapa banyak pula ajinomoto yang dia tuang dalam kuali tu? Saya dah lama juga tak beli makanan di pasar malam dan bazar ramadhan (dulu favourite yakmat). Lagi satu isu, halal ke?

Asalnya saya masak- masak dengan kerap ni sebab anak saya selalu kena gastrik. Bila masak dia kurang kena cuma saya kena berkorban masa sedikit masak. Alisha pula cerewet makan, bila beli selalu membazir tak habis. Jadi masak makanan kegemaran dia adalah satu solusi. Jadi niat untuk sediakan makan yang halal dan sihat untuk keluarga boleh jadi tujuan utama kita.

..............

Turning point untuk saya masak setiap hari adalah selepas mak saya meninggal dunia tahun lepas. Sebab lepas Mak tak ada, perkara yang sangat dirindui adalah masakan dia dan kenangan masak bersama dia. Jadi saya rasa saya nak berikan kenangan saya masak ni untuk suami dan anak- anak. Semoga mereka dapat merasa air tangan saya yang cuba masak ni walaupun saya tak pandai.

Masak setiap hari atau tidak ni bukanlah satu pertandingan antara isteri/ mak- mak. Orang mudah untuk judge kenapa tak masak, dia boleh, kenapa kita tak boleh. Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa dia masak/ tak masak, masak pagi/ petang, atau suka masak western ke. Kadang orang bersilat jaga anak sorang- sorang dekat rumah suami pula sibuk kerja. Kerja pula stress. Ada yang tak ramai jadi lebih jimat tak masak selalu. Apa jua alasan, keputusan nak masak atau tak tu datang dengan alasan yang tersendiri. So who are we to judge others.

Memang letih masak ni kadang sis nangis tanpa air mata di bucu kabinet. Tapi bila dengar anak/ suami request masak lauk itu ini lepas tu depa cakap lauk tu adalah terbest di donia- sis terharu. I think the feeling is something that money can't buy. Semoga peluh yang gugur, minyak panas yang terpercik ke tangan, tangisan sepi di bucu kc haha, akan jadi saksi kita di sana nanti.

So fret not, when you are ready to cook everyday, you will be ready. Insya Allah.

Thank you for reading.

Disclaimer: sis ada je tak masak bila  dah malas dan makan dekat luar. Jangan ingat sis rajin bebenor.