Pages

Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Thursday, April 23, 2020

Pre Ramadhan talk: a whole new leaf

Assalamualaikum. Hari ni hari terakhir sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun ni. Bertahun-tahun saya dibesarkan dengan Wawasan 2020, rupa-rupanya tahun 2020 memang sangat mencabar buat kita semua. Kita diuji dari segi mental, fizikal (ekonomi), sosial (PKP) dan banyak lagi. Sedar tak sedar, apa yang kita lalui selama ini menyediakan kita untuk melalui tahun 2020 ini.

Saya semakin lama masuk ke tahap menyesuaikan diri. Selama ni berangan nak kerja dari rumah hah dah pun kerja dari rumah ๐Ÿ˜. Anak-anak pula dah mula adaptasi untuk belajar secara online. Selama ni kita dengar aje kan, sekarang nak atau tak kita kena melaluinya.

Sepanjang prep di dapur hari ni, saya dengar audio dari video youtube Prof Muhaya. Lepas dengar video tu saya buang 'Sedap Rasa' kat dapur (MSG) hahah. Betullah apa yang selalu kita lihat dan dengar tu akan mempengaruhi hidup kita. Prof cakap ramai yang selalu mendengar ilmu, tapi tak mengamalkan. Kadang kita belajar banyak mana pun, tak ada banyak perubahan yang dapat dilihat dalam diri. Bila tak ada perubahan, tak ada ketenangan yang kita cari dalam hidup ini.

Alhamdulillah Ramadhan 2020 dah nak bermula. Saya nak catitkan dekat sini perkara-perkara yang saya tak nak buat Ramadhan ini. Kadang selalu juga ke blog ini baca nasihat untuk diri sendiri ๐Ÿ˜‚.

1. Tak nak puasa kerana nak penghargaan manusia, tapi kerana Allah swt

Elakkan update perkara yang tak perlu, yang mungkin tak semua orang ada. Suami Prof selalu pesan kepada beliau jangan update perkara yang tak semua orang ada- makanan, percutian, barang-barang yang mewah. Tapi apa-apa pun kembali kepada niat. Prof ada juga update tempat makan yang bagus untuk promote. Allah swt tahu apa dalam hati kita, yang penting kita jelas dengan niat kita sendiri untuk berkongsi.

2. Tak nak masak terlalu komplikated sehingga penat

Sebenarnya saya ni tak boleh lama-lama kat dapur nanti nak pitam haha. Alhamdulillah yang kat rumah ni (mungkin dah ditrained ๐Ÿ˜‚) semua makan simple 1-2 lauk sahaja. Yang penting tanya dulu nak makan apa kalau semua setuju boleh masak. Masa yang ada lebih baik digunakan untuk mengaji dll.

3. Tak nak moody tak tentu hala terutama dengan suami

Orang perempuan ni biasalah kan suka cari perhatian. Ya Allah saya doa semoga saya diberikan kesabaran dan ketenangan hati di bulan Ramadhan ni. Oh ye Prof pesan sebelum tidur minta maaf kat suami. Manalah tahu kita goal (meninggal) waktu tidur, suami redho, bulan Ramadhan pulak tu kan best tuhhhh..

4. Tak nak bercakap kasar dengan anak-anak

Saya ni orang Melaka kita kalau bercakap adik-beradik orang boleh ingat kita gaduh haha. Tapi tulah apa yang kita keluarkan dari mulut adalah gambaran hati kita. Budak-budak ni dah terkurung dekat 5 minggu jadi saya memang doa semoga mereka tak stress. Alisha dia ada merengek nak pergi McD segala, tapi still boleh pujuk lagi (order online). Lepas tu bila Ayah saya duduk sini tak ada sekali pun diorang ni merungut even Atuk duduk bilik dia, bukak kipas pulak slow masa tengok tv ๐Ÿ˜‚, kena tolong jaga Atuk lagi. Kadang lepas solat saya rasa syukur sangat anak dan suami sangat cooperative bab ni. Itu belum lagi kena tinggal dulu-dulu bila saya jaga Ayah kat wad ๐Ÿ˜ญ. Ya Allah kalau saya lupa, ingatkan saya balik betapa berharganya pinjaman Dia ini kepada saya. Moga saya lembut hati selalu dengan anak-anak.

5. Tak nak lupa pada jiran-jiran

Dulu saya jarang bercakap dengan jiran. Kalau ada pun setakat 'kak, buat apa tu' then I drove off to work. Sekadar berbasa-basi orang kata. Sekali-sekala bagi cucu dia makanan tapi jarang. PKP ni kebetulan dia tersangkut di Klang jadi tinggal anak cucu dia aje kat rumah. Dari sini saya mula kenal, ada nombor handphone anak-anak dia, and start helping what I can. Banyak-banyak benda, perkara ini saya terlupa selalu. Saya teringat arwah Mak, kalau ada sebuku kek pun dia akan bahagi dua bagi pada jiran. Mak juga akan bagi makan kucing-kucing jiran dekat kampung. Malah kalau saya balik kampung dia siap bekalkan ikan goreng untuk kucing saya dekat rumah. That's my only one Mak ๐Ÿ’—

6. Tak nak lupa pada Ayah dan adik-beradik

Sekarang Ayah dah balik ke rumah dia. Bila bangun pagi tadi rasa sedih pula dah tak perlu siapkan sarapan dia. Masa PM umum raya ni maybe tak boleh balik kampung I cried. Nangis bukan sebab tak boleh pergi bazar ke, tak boleh makan lemang yang tersedap ke, tak dapat rewang masak ngan adik-beradik ke.. bukan! Saya nangis sebab saya tak boleh lawat kubur Mak di pagi raya. Selama 39 tahun sebelum ni setiap pagi raya saya dengan Mak (last year pergi kubur), tahun ni mungkin tak dapat. But whatever that don't kill you makes you stronger. Saya tahu kita terpisah fizikal sahaja. Semoga Allah  swt mendengar doa dari anak-anak Mak yang terpisah jauh ini. InsyaAllah saya tak lupa pada Ayah dan rapatkan hubungan dengan adik-beradik. Bila dah jarang jumpa rindu pulak biasa puasa 1st kita buka puasa sama ๐Ÿ˜ญ.

......

It is 4 oรงlock now. Terima kasih pada yang selalu membaca. Senarai ini mungkin akan bertambah lagi sepanjang Ramadhan ni. Semoga apa yang saya tulis dapat memberi kebaikan kepada orang lain. Selamat menyambut Ramadhan 2020. Semoga kita semua berkembang memulakan tunas yang baru dalam diri- a whole new leaf!

Love from Melaka.


Thursday, April 9, 2020

Reality check during RMO (a mak2 story)

Assalamualaikum. Finally decided to write a random post. Jadi kalau anda tak suka baca cerita, you can go back to Ig and keep scrolling heheh.

Pagi ni seperti biasa sebelum jam bunyi pukul 5 mata dah celik. Bila bangun kepala jadi berat dan hati pun risau. Lepas tu teringat I tengah bendera Jepun sebab tu hati mudah jadi kosong dan lalai. Sambil godek-godek kat katil merenung jendela (agittew), tetiba rasa rindu dekat bilik office. Tiba-tiba ada ingatan yang jelas dekat meja lama yang dah 14 tahun guna tu, my old school pc, aircond tu dah rosak sikit tapi I ok aje lama-lama dia sejuklah. Yeah I miss my room T_T.

my humble room

Lepas tu keluar dari bilik jenguk anak-anak (biasalah mak2 memang cenggini). Sape lupa bukak ubat racun nyamuk, slowkan kipas/ aircond, melihat gerombolan kertas dan buku atas meja study, dan dari kejauhan saya dapat lihat barang-barang dapur baru sampai dari Tesco semalam dekat lantai. My house is like 50% mess. Yeah sebab tu I pening T_T.

Saya rasa tak kira kita kerja atau tidak, we missed the time being alone. Dulu anak-anak kita pergi taska, tadika, sekolah. Jadi kita ada masa nak duduk bersendirian. Bila duduk sendiri tu pun kadang tak buat apa. Main telefon, google macam-macam heheh. Just us and time = me time.

Pagi ni saya capai terjemahan Surah Al-Kahfi dan mula baca. It is hard during nippon time macam ni, kita tak boleh baca Quran macam biasa. Kebaikan RMO ni adalah saya sempat baca Quran hampir setiap kali lepas solat. Jadi sebagai pengganti baca surah-surah dan terjemahan sahaja. 

How I killed boredom? I have created a new blog, blogging, tried desserts making (agar-agar lengkong, choc cake), bersenam (tapi slow down bila sakit kaki), organized my store room (and invented a mini pantry), baca buku Marie Kondo (again) and launched few diy projects at home with minimal budget haha.

And how I stay motivated (some days). I listen to Prof Muhaya's Youtube during cooking. I avoid social media. Bila rasa tak terlarat sangat nak handle macam-macam hal dan perasaan, saya baca Quran. Apa yang penting dalam saat macam ni, saya tak nak anak dan suami pula yang depressed.

Kepada semua yang membaca post ini, setiap dari kita melalui perasaan dan dugaan yang berbeza. Kalau kita ada rasa terkesan melihat kesempurnaan hidup orang lain, percayalah tak ada siapa yang hidup sempurna di dunia ini. Kalau dia tunjuk dapur yang kemas, mungkin living room dia sedang dalam total disaster (sis lah tu haha). Nobody lives a perfect life. Cuma doakan semua orang and avoid it bila hati kita nak bercakap macam-macam. Prof Muhaya cakap bisikan hati kita (our secret life) adalah diri kita yang sebenar.

Kesimpulannya pagi ni, lepas kejutkan semua orang solat, sis ko telah mengemas meja study, menyusun barang dekat dapur, mengclearkan drying rack, basuh baju 1 load semuanya dari pukul 6-7 lepas tu sesi luahan perasaan dekat blog. Bila ada perkara tak teratur dalam hidup, cuba aturkan semula satu-persatu. Writing has always been a theraphy for me.

Oh ya sambil buat kerja tu, saya bancuh my last sachet of my favorite coffee. Itu pun satu sebab risau juga tu sebab kopi feveret dah nak habis. Perempuan, itu pun nak risau ๐Ÿ˜‚.

Power nook/ reading nook
I plan nak buat my own power nook/ reading nook. Tapi dengan bajet yang limited as usual hahah. Always keep yourself busy, write down new projects (buat tak buat belakang kira). Saya doakan semua yang membaca di sini dikurniakan ketabahan hati melalui PKP atau Restrictive Movement Order ini. Saya teringat satu petikan dari buku Ahmad Ammar (seorang student yang meninggal dunia di Mesir):

"Dunia ini tempat berpenat, akhirat nanti kita berehat".

That is really soothing for me.

Thank you for reading.

Love from Melaka.