Pages

Sunday, November 17, 2019

6 langkah mudah mulakan #lesswaste di rumah (dan kekalkannya)

Assalamualaikum. Lesswaste ni adalah satu konsep di mana kita mengelakkan pembaziran di rumah yang mungkin terdiri dari makanan, sisa plastik/ tin/ kaca, air, elektrik dan banyak lagi. Secara ringkasnya, kita cuba mengelak dari membazir.

Setiap kali membuang sampah yang banyak, saya selalu rasa bersalah. Sebolehnya saya guna semula atau asingkan dan hantar ke pusat derma barang/ kitar semula. Tong sampah di rumah saya semakin kecil, ada yang tak digunakan lagi dah simpan dalam stor. Walaupun sampah-sampah masih ada setiap hari, saya cuba sedaya-upaya untuk mengurangkannya #lesswaste.

Di sini saya kongsikan 6 langkah mudah untuk kita mulakan #lesswaste di rumah dan cuba kekalkannya.

1. Guna reusable face wipes



Kalau orang perempuan biasa guna untuk lap lipstik dan mekap. Saya dah bertukar kepada reusable face wipes dari kain. Beli di Shopee dan cuci guna tangan sahaja. Kumpulkan, rendam sekejap dalam sabun basuh dan berus. Sekejap sahaja dah kering.

Jadi tak ada buang face wipes lagi. Kalau satu hari guna 4 keping, x 365 hari x A tahun dah berapa banyak kita guna?

2. Guna semula plastik terpakai sebagai plastik tong sampah (bin liner)



Cara untuk mula recycle plastik sebagai bin liner perlu asingkan dahulu saiz plastik: besar dan kecil. Yang besar boleh alas tong sampah besar dan yang kecil boleh letak di tepi sinki atau bungkus pad terpakai. Saya juga simpan pembungkus makanan seperti plastik rempah/ span/ beras untuk dijadikan double lining. Jadi cecair tak akan meleleh lagi bila kita nak buang sampah.

3. Guna sabun mandi buku



Guna bath gel/ cream/ foam memang best cuma setiap bulan kita akan buang bekas-bekas plastik ni. Agak susah juga nak ubah tabiat ni sebab saya guna bath gel sejak dari asrama sekolah dulu (senang nak isi dalam bakul). Tapi perlahan-lahan ubah tabiat ini dan guna sabun biasa. Anak-anak masih guna sabun botol lagi. Tak apa, one small step at one time. Sabun botol masih ada di rumah dan kalau tetamu datang masih digunakan.

4. Bawa botol air/ bekas makanan sendiri



Dulu saya guna botol 2 liter, tapi tak sustainable sebab berat, tak muat letak dalam kereta (tempat letak tin/ botol tu) dan selalu kerja luar (takut nak minum). Akirnya saya beli yang 300 ml ni dan senang boleh bawa ke mana-mana.  Bila dah habis saya refill. Saya juga bawa bekal dalam tipuware untuk snacking kalau balik lambat. Kopi bawa dalam termos kecil yang muat letak dekat cup holder dalam kereta.

Jadi saya dapat elakkan beli snek/ air kotak/ tin. Bukanlah tak beli langsung tapi dah kurang.

5. Simpan beg kitar semula dalam handbag



Saya pernah simpan paper bag dan beg recycle besar dalam kereta- selalu lupa nak keluarkan. Bawa plastik terpakai dalam handbag- cashier risau terkoyak sebab berat jadi dia bagi plastik juga. Jadi penyudahnya saya beli beg recycle di Watson yang boleh dilipat kecil dan letak dalam handbag, barulah beg ini selalu digunakan. Beg ni digunakan untuk beli barang yang tak berat sangat (weekday shopping).

Recycling is about testing whatever method that suits your need- then you ll sustain it.

6. Guna semula bekas bungkus makanan



Bekas makanan plastik boleh diguna semula untuk simpan barang makanan (pastikan kod recycle 5 di bawah bekas yang bermaksud food safe) atau simpan barang lain. Saya simpan barang kraf dan mainan kecil anak-anak dalam bekas aiskrim Walls dan bekas kek (gambar di atas). Kalau dulu semua bekas ini saya terus buang sahaja, kini saya bersihkan- sisihkan dan simpan di rumah dalam 1-2 minggu dan lihat jika ada keperluan nak guna semula. 

You ll be surprised dia ada kegunaan jugak bila dah simpan nanti. My kids also reuse plastic containers to feed stray cats outside my house. Depa ni sejenis nampak kucing semua nak bela (mak ko yang pening).

-------

Untuk semua step di atas ni, selain dari kita KURANGkan sisa untuk dibuang, ia juga menJIMATkan.

Tak perlu beli face wipes, plastik sampah, bath foam, bottled drinks/ packed foods dan bekas untuk simpan alatan. Semua opsyen di atas adalah lebih murah untuk jangka masa panjang.

Ia juga ke arah lebih SIHAT bila kita bawa makanan/ minuman sendiri (remember penyakit kencing tikus dari tin minuman?) dan healthier environment.

While #zerowaste might be impossible maybe we can try #lesswaste first.

Anak-anak kita/ anak buah/ younger generation are watching us may we can lead good example and leave a better planet for them. InsyaAllah. Jumpa lagi, bye!