Pages

Showing posts with label minimalis. Show all posts
Showing posts with label minimalis. Show all posts

Saturday, November 9, 2019

7 cara gunakan baking soda di rumah (dan 1 ekstra!)

Assalamualaikum. Bila dah lama sikit blogging ni mulalah rasa malas nak menulis. Tapi thanks to my planner saya masih mengekalkan momentum 1 post 1 minggu ni. Kali ini saya kongsikan 7 cara gunakan baking soda di rumah (selain dari buat kek dan biskut) yang saya sendiri pun baru tahu 😂. Mana yang saya dah cuba, saya tuliskan sekali infonya.



1. Serbuk pencuci/ penyental di rumah

Baking soda boleh digunakan untuk mencuci sinki, kaunter table top, tiles dan peralatan metal tanpa mengakibatkan calar. Hanya tabur, sental dan lap bersih. Kalau perlu letak sedikit air.

Kalau ada kotoran degil keras yang melekat di kuali/ baking tray, saya akan rendam kotoran dengan baking soda + cuka putih semalaman. Esoknya mudah aje nak sental sebab kotoran tu dah tertanggal.

2. Pembersih saluran sinki

Selain itu, saya biasa curah baking soda ke dalam lubang sinki setelah selesai mengemas dapur pada waktu malam. Alirkan air sedikit kemudian jerang secerek air. Kemudian curah air panas tadi ke dalam sinki. Dengan cara ini laluan air akan bersih dari benda- benda yang melekat.

Jika sudah tersumbat saya baca boleh letakkan baking soda + cuka putih + air panas ke dalam sinki.

Saya memang tak curah lebihan minyak ke sinki. Saya buang ke dalam tong sampah sisa yang dilapik double layer plastik terpakai.

3. Pencuci mangkuk tandas duduk dan berusnya

Untuk cuci mangkuk tandas saya akan taburkan baking soda dan sedikit essential oil (saya guna tea tree oil). Kemudian rendamkan sekali berus mangkuk tandas. Boleh letakkan sabun yang biasa kita guna. Lepas 10 minit, berus dan flush tandas tersebut.

Mangkuk tandas dan berus akan bersih, segar dan harapannya saluran di bawah juga akan clear 😄.

4. Penanggal label pada botol kaca

Jika suka pada botol kaca dan nak gunakan semula, boleh guna pes ini untuk tanggalkan. Campurkan 1 bahagian baking soda dan 1 bahagian minyak masak. Agak-agak banyak mana saya biasa guna 1/ 2 sudu sahaja. Sapukan pes tadi pada label. Biar 15 minit.

Kemudian rendam botol dalam air panas. Label akan mudah ditanggalkan. Cuma hati-hati sebab pes ni agak tajam pada tangan.

3. Penyegar udara peti sejuk dan ruang tertutup

Baking soda berupaya menyerap bau di dalam peti sejuk, almari kasut, bawah sinki dan banyak lagi. Caranya simpan 1 balang baking soda dalam ruang tersebut tapi tak ditutup sepenuhnya. Saya cadangkan ikat botol dengan kain net/ kasa untuk elak ia tumpah. 

Selepas 1 bulan, boleh tukar baking soda ni dan gunakan untuk bersihkan saluran sinki macam no. 2 di atas ni.

4. Pemutih gigi

Kalau di negara barat, ada produk gigi yang mengandungi baking soda sebagai ejen pemutih. Caranya sekali sekala, letak sedikit baking soda di atas berus gigi yang lembap dan mula memberus.

Kalau selalu diamalkan tak mustahil gigi kita akan putih berseri. Teringat kecil- kecil dulu guna arang haha 😂.

5. Penyegar carpet

Untuk menghilangkan bau yang tak menyenangkan, sebelum vakum carpet taburkan baking soda secara serata ke atas carpet. Carpet  ni kita jarang basuh kadang ada sisa minuman, haiwan tidur atas tu, muntah dan lain- lain yang kita tak nampak. Jika ada kotoran bersihkan dulu, baru tabur baking soda. Selepas 15 minit baru vakum.

Satu lagi tip adalah letak essential oil dalam baking soda sebelum ditabur. Carpet akan wangi dan segar lepas tu.

6. Pencuci sayur dan buah- buahan

Bagi sayuran berdaun, boleh rendam dengan baking soda dan biar sekejap. Kemudian gosok daun sewaktu membilas di bawah air paip yang laju. Bagi timun misalnya boleh letak baking soda dan sental kulitnya dengan sedikit air. Saya biasa potong kecil carrot, bunga kobis dan lain- lain kemudian rendam dengan sedikit baking soda.

Dengan cara ini, bahan kimia yang disembur pada tumbuhan tu dapat kita elakkan.

7. Penyerap bau di bekas najis haiwan peliharaan

Bagi yang pelihara kucing dan gunakan pasir, boleh cuba letakkan baking soda dan kemudian baru letakkan pasir. Dengan cara ni pasir akan tahan lebih lama dan bau juga akan diserap oleh baking soda tu.

EKSTRA!

8. Penghilang kerak dalam cerek

Dulu saya pernah beli pembersih cerek Cosway. Memang bersih dan berkilat dalaman cerek. Baru- baru ni saya cuba letak baking soda (dalam 2 sudu), letak air 1/4 cerek, biar semalaman dan esok paginya terus jerang air dalam cerek tu. Kemudian sental guna berus kecil yang saya beli di Daiso. Hilang terus kerak degil dalam jug kettle saya. Happy!

Cuma kalau dah rendam tu make sure letak nota 'jangan minum' kalau tak nanti ada yang minum air baking soda pula kan. Saya biasa selotape dan tampal nota. Oh ada juga share untuk guna asid sitrik nanti saya nak cuba.


......

Kenapa nak bersusah payah guna baking soda ni? Sedangkan banyak aje detergen untuk kita bersihkan rumah?

Ok bagi saya baking soda ni dia tidak mengandungi campuran bahan kimia. Dari dulu lagi mat saleh dah gunakan sebagai satu bahan detergen mereka. Kalau lihat ia selamat untuk dimakan (buat biskut dan kek) jadi saya rasa kalau digunakan secara berpada- pada untuk membersihkan adalah lebih selamat berbanding menggunakan bahan yang kita pun tak faham nama dia tu.

Lagi satu, ia akan mengurangkan plastic waste kita. Satu bahan boleh digunakan untuk segenap ruang rumah dari baking hingga list di atas ni. Dunia konsumer hari ini memang galakkan kita untuk membeli bahan yang berbeza untuk setiap tugasan. Sebenarnya 1 bahan tu boleh digunakan untuk banyak perkara. Saya juga masih belum bebaskan diri dari plastic chain ni, but I am trying. I hope you will try too 😊.

Info di sini kebanyakannya saya baca, tonton video dan dari website armandhammer. Arm and Hammer adalah jenama baking soda terkemuka yang mempunyai pelbagai produk berasaskan baking soda.

Baking soda ni boleh didapati di mana-mana kedai/ pasaraya cari di bahagian baking. Jika nak lebih banyak boleh beli di kedai jual bahan bakeri/ online (Shopee dll).

Terima kasih membaca tip 7 cara gunakan baking soda saya ni. Jumpa lagi minggu depan. Bye!

Sunday, November 3, 2019

Saya ubah 5 rutin ini untuk jimat masa buat kerja rumah

Assalamualaikum. Sepanjang 1 tahun ini, ada beberapa perkara yang saya dah ubah untuk ringkaskan kerja- kerja saya di rumah. Saya memang suka berkemas, tapi bila buat perkara yang sama hari- hari, timbul juga rasa bosan dan terfikir macamana nak mudah dan cepatkan lagi proses buat kerja- kerja ni.

Di sini saya ringkaskan 5 rutin yang saya buat untuk jimatkan masa saya. Mungkin ada yang sesuai dengan anda, mungkin ada yang tidak. Hidup kita ini berbeza- beza. Motif saya kongsi untuk beri idea kepada sesiapa yang memerlukannya. Buat kerja rumah yang sama selama bertahun- tahun (dalam kes saya sudah 15 tahun) buatkan saya fikir lebih mudah dan praktikal proses kerja rumah ni- lebih gembira saya nanti.

Tips ni mudah aje, cuma ada yang penat sikit awal- awal tu (no. 4 dan 5). Selamat membaca!

1. Guna cadar patchwork/ quilt



Bila guna cadar patchwork, tak perlu risau cadar kedut beria. Nak kemaskan setiap hari hanya tarik dan adjust sahaja. Dan tak perlu jadi monster bila anak duduk main atas katil, sebab senang nak kemas balik. Dulu saya memang teruk, selalu hangin bila anak tak kemas katil tegang lepas guna. Sekarang nak main atas katil boleh tapi kemas balik. Dorang pun senang nak kemas sebab simple aje kan.

Cadar tu beli kat Shopee- taip 'cadar patchwork'. Kalau tak tebal basuh guna mesin basuh biasa pun boleh.

2. Indoor hanger drying



Satu lagi perkara yang saya ubah adalah indoor drying guna hanger. Dengan cara ini saya tak risau lagi nak sidai baju pada tengah malam atau sebelum subuh. Ada masa kami sangat sibuk balik malam dan laundry area pula di belakang (open area). Jadi siapa sempat akan basuh baju even terlelap bangun tengah malam pun boleh sidai tanpa perlu sis nak sarung tudung dan buka tutup pintu grill lagi.

Kelebihan sidai indoor guna hanger ni baju tak kedut sangat, boleh terus sangkut dalam almari dan tak risau hujan, ribut dan taufan melanda hehe. Biasa kena kipas 5-6 jam dah kering dah. Baju kecil- kecil guna round hanger kepit tu. Anak- anak pun senang nak tolong. So saya tak ada dah bakul baju belum lipat sebab semua baju diproses setiap hari.

Saya guna rak Mulig dari Ikea.

3. Capsule wardrobe



Capsule wardrobe ni hanya simpan pakaian yang kita betul- betul suka. Dulu saya simpan sebab baju tu saya mungkin nak pakai nanti, baju tu harga dia mahal sikit, saya mungkin nampak lawa pakai nanti. Hakikatnya bila saya pakai, saya tak suka/ rasa comot dan menyusahkan.

A good friend of mine pernah tanya, camne kau so determined to get rid of your baju? I think my answer is bila aku dah bersedia to let go perkara tak menggembirakan/ memeningkan dan pandangan orang terhadap my appearance. Asalkan mak kemas, sopan (sejak umur gini nak syariah friendly gak), sedap mata sendiri dan yang tersayang memandang dah cukup. Yang penting waktu kerja sis tahu tanggungjawab and if people want to judge my appearance let them be.

Jadi sekarang tak pening nak pilih baju hari- hari. Pic tu the latest lepas sisihkan baju kurung, skirt dan shawl lama. Baju harian pula dilipat. Sis adalah award winner pemilik baju paling sikit kat rumah 😂.

4. Simple kitchen



Satu sebab saya dah mula masak dengan kerap adalah bila saya dah declutter besar- besaran dapur saya. Almari ni dulu contohnya menyimpan 90% barang yang saya tak guna. Tapi sekarang saya hanya letak barang yang saya guna sahaja.

Simpan barang yang banyak di dapur bagi saya akan menjadi mental block untuk masak. Asal masuk dapur nak kena buka kabinet nanti cepat- cepat nak tutup sebab penat nak tengok. Jadi bila saya ringkaskan barang yang ada dalam almari, table top dan peti sejuk, otak saya lebih fresh. Bila dah fresh tu biasanya barulah ada idea nak buat apa lepas tu.

Sekarang masuk dapur kerja jadi lebih cepat dan menyenangkan hati.

5. Organized store room



Masa birthday saya tahun lepas, I decided to organized my store room. Saya tukar kepada para besi warna putih, cuci lantai dan susun semula. Saya buang berkodi- kodi barang. Lepas tu saya rasa tenang dan fresh sangat. Sebab store room ni biasanya tempat kita longgokkan barang yang kita jarang/ tak nak guna tapi sayang nak buang.

Dekat sini saya simpan barang yang jarang guna/ guna masa raya, tong gas, vacuum cleaner dan sekarang boleh letak mesin basuh lagi. Masa nak ambil atau cari barang dah jadi ringkas dan cepat. Dulu nak jalan pun susah. Menyimpan dan ambil barang dah jadi lebih mudah sekarang.

......

Kepada yang mungkin lama kenal saya di Ig, saya ambil masa yang lama untuk mencuba sistem ini semua (hampir 1 tahun). Saya try and error and improvise. Ada masa saya sibuk sangat atau bad mood tapi nasib baik ada sistem ni semua yang bolehkan saya beroperasi walaupun hakikatnya mak macam tak nak buat apa- apa pastu nak telan satu bekas aiskrim sorang- sorang sambil layan perasaan haha. Sometimes life throws you lemon, take it and make lemonade.

Kerja isteri dan mak- mak ni biasanya tak pernah habis. Selesai yang di sini, yang di situ menunggu pula. Yang penting bila dah terlalu letih, take your time and rest. Kerja rumah boleh tunggu and our mental health are important. It is ok to have messy home sometimes.

Itu sahaja sharing saya kali ini. Terima kasih membaca. Harap bermanfaat!

Sunday, October 20, 2019

10 tips masak dengan cepat setiap hari (untuk beginner)

Hai assalamualaikum. Ada sekali dekat blog lama saya, seorang pembaca tulis begini:

'Terima kasih sebab berkongsi. Saya cuba nak masak setiap hari bulan depan sebab kami suami isteri dah tak larat makan di kedai tiap-tiap hari. Harap dapat kongsi menu masakan juga. Terima kasih!'

Lebih kurang macam tu. Pada masa tu saya kongsi tip untuk sedia foodprep. Bila baca tu saya teringat diri saya beberapa tahun yang lepas. Saya bukan sahaja malas masak 😂 tapi tak pandai pula tu. Saya mungkin suka masak tapi rasa persediaan dia dan nak kemas tu agak renyah sedikit. Pagi dah bawa turun ikan/ ayam tapi bila balik kerja pergi order dekat kedai tomyam haha. Masa tu anak pun kecil-kecil lagi depa bernyanyi riang (baca: bergaduh, melalak, minta 1001 perkara) masa kita nak masak, jadi kedai makan/ fast food adalah our bestfriends.

Terima kasih kepada yang tinggal komen di blog lama saya tu. Sebab komen awak tu saya share post ini. Post ini khas untuk beginner atau orang yang baru nak cuba masak setiap hari. Saya telah cuba masak setiap hari sejak tahun lepas dan sejak April tahun ni saya masak setiap pagi sebelum pergi kerja. Mula-mula memang susah tapi lama-lama dah terbiasa. Dan awas kepada yang dah biasa masak setiap hari this post is seriously  not for you. Post ini untuk mereka yang macam saya. Those who are not born to cook hehe. But willing to learn.

Ok dekat sini saya senaraikan tips ringkas bagaimana saya boleh masak dengan cepat setiap hari. Walaupun saya masak pada waktu pagi, anda boleh sesuaikan dengan jadual sendiri.

1. Sediakan alatan masak yang mencukupi

Alatan masak yang wajib seperti kuali, periuk, sudip, periuk nasi. Tip saya adalah guna periuk non stick. Non stick ni biasanya mahal sedikit tapi dia cepat masak, susah nak hangus (we are multitasker remember?) dan mudah nak cuci.

Contohnya saya guna periuk nasi Tefal ni dia tak berkerak jadi tak membazir. Bila nak cuci lalu air panas aje dah tanggal semua (tak rendam pun boleh). Nasi pun tahan lama saya masak dari pagi (tanpa 'keep warm', saya guna beras herbaponi). Harga periuk ni dulu dalam RM180. Saya beli pun masa periuk lama dah rosak.


Masak pula saya guna wok @ kuali deep dari Mr Diy ni. Tak kira lauk berkuah atau goreng, semua masak dalam ni. Kalau dua lauk, saya guna 2 kuali. Bila balik tengahari panaskan sekejap. Sebab saya memang balik makan di rumah tengahari jadi tak perlu simpan lauk dalam peti sejuk. Kuali ni pun mudah dicuci jadi tak perlu sental beria. Harga kuali ni di Mr Diy RM40++ satu.



2. Sediakan bahan masak lebih awal @ prepping

Yang ini saya selalu kongsikan di Instagram. Beli bahan masak yang family kita suka dan mudah dimasak. Beli ayam/ udang/ ikan/ sotong/ daging dan siap dibersihkan untuk dimasak. Kalau ada yang lebih mudah macam servis barang basah mentah hantar ke rumah tu boleh cuba (dekat Melaka ni tak ada). Macam saya, saya guna cili boh, beli bawang siap kupas dan ikan bilis siap kopek. Apa- apa sahaja yang memudahkan kita. Daging batang pinang misalnya cepat empuk walaupun dia mahal sedikit.

Tip saya: cuba tukar baru penapis atau colander set yang digunakan dalam proses mencuci tu. Sebelum ni penapis saya dah 7-8 tahun kot. Tengok pun takde mood. Jika nak semangat memasak bolehlah cari set penapis baru, papan pemotong baru, pisau barulah semangat kita nak prep kan.

Set colander ni saya beli di Mr Diy. Ia BPA free dan food grade (jadi selamat untuk letak makanan). Kalau nak celur mi saya guna bekas + penapis besi. Sebab air panas kalau kena plastik boleh mengeluarkan racun jadi hati-hati ok.


3. Sediakan menu yang mudah dan disukai semua

Sebenarnya saya masak resipi yang hampir sama aje setiap minggu. Yang penting keluarga saya suka makan menu tu jadi tak penat masak asing- asing. Saya cuba masak nasi setiap hari sebab nasi lebih mengenyangkan. Bila dah biasa masak biasanya kita ingat dah bahan- bahan yang nak guna untuk masak tu. Jadi lebih mudah nak prep.

Tip saya adalah sediakan buku resipi yang ringkas. Dalam tu ada senarai bahan dan step masak. Bila nak beli barang tengok list tu jangan ada tertinggal barang.

Menu yang selalu dimasak di rumah saya:

Sambal, masak lemak, asam pedas, kari, tomyam, sup, goreng kunyit, sayur campur.

Ulam, salad (senang tak payah masak haha).

Bahan-bahan tu rotate je dengan bahan basah yang ada. Stok telur dan sardin wajib ada. Time malas atau lauk habis memang syok layan telur goreng dan sardin.

4. Rancang nak masak apa dari malam sebelum

Malam sebelum nak masak tu, siap- siap rancang nak masak apa. Turunkan dari bahagian freezer ke bawah. Sebab bila bahan nak masak tu masih beku, hati kita pun membeku tiba- tiba malas nak masak 😅. Bila tengok peti tu pun jenguk bahan semua cukup ke? Kalau tak cukup boleh pergi beli lagi. Kalau kurang cekap memasak macam saya, saya banyak belajar masak dari Ig: Yatiekitchen, CikInaMail, Wanakamal79 dan Icookweeat. Semua ni adalah guru masakan saya. Thank you sisters!

5. Masak nasi dulu

Walau excited macamana pun, kena masak nasi dulu. Pernah tak dah siap masak, lepas tu tengah lapar gila, nasi tak tekan pun lagi 😂. Saya biasa set masa masak selama 1 jam aje dah siap masak + cuci alatan + lap kaunter dapur sekali. Tempat tos pinggan penuh don't care. Janji lunch and dinner are ready! Jadi saya tak perlu pening nak tapau makanan dan keluar masuk kereta di tengahari/ petang lagi.

6. Sambil masak, kemas

Bila prep ni kelemahan dia bekas tipuware tu banyak sikit. Jadi sambil masak tu siap- siap kemas sinki sekali. Pagi saya siapkan sarapan simple juga untuk suami dan anak- anak. Jadi bekas-bekas tu memang ada. Sambil masak, tangan tu laju mengelap kaunter semua. Spray cuka putih + air sentiasa ada kat tepi.

Lagi satu, sebab guna kuali non stick tu saya tak risau sangat terhangus ke apa haha. Buka api tu pun agak- agak sikit jangan besar sangat kita kan amatur (motip nak goreng sayur sampai api naik atas kuali? 😂 ).

7. Jaga kesegaran lauk (kalau masak awal)

Bila dah siap masak, jangan terus tutup kuali rapat- rapat. Saya akan buka kipas kuat dan biar lauk tu sejuk sedikit sementara saya bersiap nak pergi kerja. Kain lap yang bersih dah siap sedia dekat tepi kuali. Bila tutup tu pun masih ada air menitik jadi terus lap kering penutup kuali tu. Kalau lauk berkuah memang kena hati- hati takut basi. Kalau sambal tu ok aje insyaAllah tahan. Bagi yang masak pagi dan petang baru balik, boleh simpan dalam peti sejuk. Dulu saya masak dalam periuk Corningware terus sebab muat masuk peti sejuk (tapi periuk tu cepat panas). Tapi sekarang saya letak dalam kuali aje cuma tengahari mesti panaskan semula.

Kalau masak petang saya akan simpan sebahagian untuk lunch esoknya. Jadi esok pagi tu saya masak nasi sahaja.

8. Ringkaskan kerja rumah yang lain

Masak memang mengambil masa jadi saya ringkaskan urusan yang lain. Siap masak saya akan power sweep (sapu cepat) satu rumah, lap meja makan dan ikat sampah siap- siap nak buang nanti. Saya masak dari 6.50- 7.50. Baju dah sidai dari malam sebelum (indoor drying). Baju kerja pun mostly ironless. Dengan cara ini saya tak rasa kena sacrifice oh bila masak, tak sempat nak buat kerja rumah. InsyaAllah tak ada feeling macam tu.

9. Masak secukupnya

Dulu saya pernah buat pes masakan supaya senang nak masak. Tapi sekarang tak buat lagi sebab buat pes ni dia double penat + kecah semua. Apa yang penting saya tahu portion secukupnya untuk keluarga saya makan jadi makanan tak terlampau terlebih atau kurang. Contoh: ayam potong 12 tu untuk lunch + dinner cukup. Kalau hari anak ko-ku tak balik saya akan kurangkan sedikit.

Kenapa kurangkan? Sebab handle leftover food ni letih (banyak bekas) dan memenuhkan peti sejuk. Saya ok je makan leftover tapi family saya suka lauk yang baru. Jadi malam- malam saya akan buat lelongan - 'ok nasi ada lagi dengan ayam 1 ketul, sape nak???' Ha biasa Aiman atau Papa dia akan perabiskan. Simpan sikit- sikit tu ok. Dengan cara masak secukupnya ni tempoh masak 30 - 45 minit tu akan mencukupi.

10. Tahu kenapa sebenarnya kita nak masak hari- hari

Bila saya belajar prep makanan, saya terfikir bila makan dekat luar, restoran ni bersihkan ke bahan mentah (ayam/ sayur/ telur dll) betul- betul macam saya buat dekat rumah? Berapa banyak pula ajinomoto yang dia tuang dalam kuali tu? Saya dah lama juga tak beli makanan di pasar malam dan bazar ramadhan (dulu favourite yakmat). Lagi satu isu, halal ke?

Asalnya saya masak- masak dengan kerap ni sebab anak saya selalu kena gastrik. Bila masak dia kurang kena cuma saya kena berkorban masa sedikit masak. Alisha pula cerewet makan, bila beli selalu membazir tak habis. Jadi masak makanan kegemaran dia adalah satu solusi. Jadi niat untuk sediakan makan yang halal dan sihat untuk keluarga boleh jadi tujuan utama kita.

..............

Turning point untuk saya masak setiap hari adalah selepas mak saya meninggal dunia tahun lepas. Sebab lepas Mak tak ada, perkara yang sangat dirindui adalah masakan dia dan kenangan masak bersama dia. Jadi saya rasa saya nak berikan kenangan saya masak ni untuk suami dan anak- anak. Semoga mereka dapat merasa air tangan saya yang cuba masak ni walaupun saya tak pandai.

Masak setiap hari atau tidak ni bukanlah satu pertandingan antara isteri/ mak- mak. Orang mudah untuk judge kenapa tak masak, dia boleh, kenapa kita tak boleh. Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa dia masak/ tak masak, masak pagi/ petang, atau suka masak western ke. Kadang orang bersilat jaga anak sorang- sorang dekat rumah suami pula sibuk kerja. Kerja pula stress. Ada yang tak ramai jadi lebih jimat tak masak selalu. Apa jua alasan, keputusan nak masak atau tak tu datang dengan alasan yang tersendiri. So who are we to judge others.

Memang letih masak ni kadang sis nangis tanpa air mata di bucu kabinet. Tapi bila dengar anak/ suami request masak lauk itu ini lepas tu depa cakap lauk tu adalah terbest di donia- sis terharu. I think the feeling is something that money can't buy. Semoga peluh yang gugur, minyak panas yang terpercik ke tangan, tangisan sepi di bucu kc haha, akan jadi saksi kita di sana nanti.

So fret not, when you are ready to cook everyday, you will be ready. Insya Allah.

Thank you for reading.

Disclaimer: sis ada je tak masak bila  dah malas dan makan dekat luar. Jangan ingat sis rajin bebenor.

Sunday, October 13, 2019

Bakul addict: keperluan atau kehendak?

Hai. Masih mengekalkan momentum 1 post- 1 minggu. Post ini dah seminggu juga saya terfikir. Jadi lebih baik saya tulis sementara masih ingat.

Bagi orang yang follow Instagram saya, anda mungkin suka berkemas/ menyusun barang/ suka lihat usaha-usaha saya untuk buat hidup saya lebih terurus 😂. Atau ada juga yang berniaga/ suka baca saya membebel/ terpaksa follow sebab kawan-kawan lama haha. Siapa pun anda, post ini untuk kategori yang pertama tadi: orang yang suka organize.

Sejak setahun saya buat akaun Ig ni, ada beberapa orang yang akan hubungi saya dari masa ke semasa reporting progress atau just to share their stories. Saya rasa terharu. Sebab apa yang saya tulis ni adalah basically my own journal, dengan  harapan ia dapat tolong seseorang. Ada yang komen, ada yang cuba buat. Thank you so much for trying and letting me know. Jadi kepada sesiapa yang mungkin rasa posts saya annoying, maybe you do not fall under the organizer's category. Hope that uols bukan stalker (tetiba nak feeling artis 😂).

Jadi berbalik kepada tajuk, orang yang suka organize ni dia macam kena sawan bila tengok bakul haha. Bakul maksudnya bekas/ container untuk letak barang. Tak kiralah bakul besi, rotan, plastik atau apa sahaja. Lagi-lagi bila tengok orang susun dengan kemas, beritahu bakul tu beli di mana, dengan pantas kalau boleh tak makan pun tak apa asal boleh beli bakul idaman, kan?

Saya faham sebab saya pernah dan masih melalui semua tu. I feel the adrenaline rush nak membeli haha.

There were times dulu bila kerja luar saya akan curi masa lari ke Mr Diy. Bila tengok deretan bakul tu oh my rasa bahagia sangat. Pilih ikan pun tak teliti macam pilih bakul uols. Me being the most annoying siap nak ukur pakai jengkal, tape segala sambil rujuk ukuran kat phone. That was the old me.

Persoalannya, adakah beli bakul tu satu keperluan atau kehendak kita sahaja? Dan apa yang saya tulis selepas ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Saya selalu tekankan bahawa kehidupan setiap orang ni berbeza. Apa yang saya tulis is merely about my own life dan tak ada merujuk kepada orang lain. Kalau berguna bolehlah diapplikasikan.

1. KEPERLUAN - jika dah sisih barang

Ya beli bakul/ bekas adalah satu keperluan bila kita dah siap sisihkan barang yang kita betul-betul perlu. Kalau tak sisihkan kita cuma beli untuk organize semua barang asal yang kita ada, saya rasa itu bukan organize, itu cuma pindahkan sahaja. Pindah tanpa sisihkan adalah seperti kita ada masalah, tapi kita suruh orang lain handle sekejap. Lama- kelamaan, masalah itu akan berbalik kepada kita semula. 

2. KEPERLUAN - jika dah rancang secukupnya

Perlu jika kita dah siap ukur dan pastikan saiz (panjang x lebar x tinggi), jenis (terbuka, tertutup) dan kegunaan (letak makanan selalu guna, jarang guna). Semua ni hanya boleh dibuat apabila kita dan rancang pembelian bakul terlebih dahulu. Jika tak rancang dan terus pergi kedai bakul dengan kata-kata "ok hari ni tak kira nak beli jugak 8 bakul untuk dapur", kita kemungkinan besar akan hadapi masalah bakul tak muat masuk rak, kita menyampah tiba-tiba tengok bakul tu (women are complicated like that) dan kita akan main guna aje letak sebarang sebab nak sedapkan hati. Bila dah macam tu biasanya tak lamalah keberadaan bakul tu dalam radius pandangan kita hehe.

3. KEPERLUAN - jika memudahkan ikut pengalaman

Jika kita memang sentiasa sibuk, tak dinafikan bakul atau container akan sangat bantu cepatkan urusan kita. Kita kena juga faham macamana kita bekerja guna bakul tu setiap hari. Ada orang ada bakul untuk setiap satu jenis barang dapur dia. Sebab cara itu sesuai dengan dia. Macam saya cukup barang yang selalu guna diletakkan dalam 1 tempat atau bakul, dan saya boleh masak dengan pantas setiap pagi. Untuk tahu keperluan kita, memadai untuk beli 1-2 bakul terlebih dahulu. Kalau perlu beli lagi. Jarak masa yang sesuai nak beli lagi- 1 bulan. Tapi kita ni urm.. mana nak sabar cam tu lama kan hehe #sisfaham

4. KEHENDAK - beli yang tak lapuk dek zaman

Jadi seorang wanita ni, kita tak dapat lari dari kehendak kita sendiri. Asal ada duit lebih sikit mula nak membeli barang kan. Kalau anda follow saya sejak dahulu, kebanyakan bakul yang saya beli dulu, saya hanya masih gunakan 50% sahaja. Selebihnya saya dah simpan dalam stor. Apa yang kekal adalah partition putih dalam laci (from Mr DIY), beberapa bakul baju lipat, bakul undergarments (from Daiso) dan kebanyakannya di dapur. Bila jadi minimalis, saya sentiasa sisihkan barang dan lama kelamaan saya tak perlu bakul yang banyak macam dahulu lagi.

.........

Apa yang saya perasan di sini, mostly bakul favorite saya adalah bakul warna putih- ia macam berikan saya ketenangan dan clean look. Jadi kalau anda nak beli bakul, better juga jika dapat pilih warna kegemaran dan versatile. Versatile in the sense that you may reuse again for another purpose. Kalau dulu letak cawan, nanti boleh letak barang mekap pulak. You ll always like it. Stackable is one good point too, senang nak simpan dan jimat ruang. Dan cari yang berkualiti pun bagus juga, tahan lama. Sesetengah bakul, mudah patah jaring-jaring dia tu.

My current favourite bakul is Ikea Variera Box- white. Guna dekat bilik dan dapur. Senang nak bersihkan. Walaupun dia jarang ada sale, tapi berbaloi beli sebab saya sentiasa guna.

Ok itu aje kali ini. Pendek kata tak salah langsung kita nak membeli bakul to organize our life. Apa yang saya pelajari dari kisah bakul- bakul saya ni adalah banyak tak semestinya memudahkan. Banyak juga tak semestinya cukup di mata kita. Yang penting kita kenali cara hidup diri dan family sendiri. Choose your bakul wisely ok. Bye!

Sunday, October 6, 2019

5 benda paling susah nak dibuang (tapi saya berjaya lakukannya!)

Assalamualaikum.

Nampaknya update blog seminggu sekali akan jadi keutamaan saya. Kalau dulu nak update seminggu 2/ 3 kali, dengan kesibukan dan umur yang semakin meningkat, saya terima hakikat 1 entri seminggu will be enough, for now.

Sebagai seorang minah sentimental (sebelum ini), saya memang suka menyimpan barang yang memberi makna dalam hidup saya. Saya rasa dengan menyimpan kita akan menghargai dan menghormati kenangan yang ada pada barang tersebut. 

Masa berlalu sehingga satu tahap saya selalu rasa letih melihat barang sendiri. Di bawah ini saya senaraikan 5 benda yang akhirnya saya berjaya buang (baca: keluarkan dari rumah, tak semestinya buang di tong sampah) dari hidup saya.

1. Gambar-gambar dari kecil hingga sekarang

Bukanlah semua. Tapi saya keluarkan gambar yang double print (dulu kan tak dapat tengok apa kita snap. Bila cuci filem baru tengok ada yang blur dll). Ada juga gambar yang tak menggembirakan (gambar masa dinner I hate the baju). Gambar dengan bff yang dah pun lupakan saya. Bukanlah saya buang semua, saya simpan 1-2 buat kenangan, yang selebihnya saya lepaskan.

Jika anda membesar dalam era yang sama dengan saya, anda pasti ada bundle of albums like me. Saya cuma terfikir masa kemas tu, kalaulah saya meninggal dunia, sure family saya lagi berat nak buang gambar-gambar ni kan. Dan mereka pun tak ada perasaan yang sama macam kita. I make the process easier, I just keep the essentials.

2. Hadiah-hadiah semasa kahwin

Masa kahwin kita akan terima banyak hadiah. Lepas tu masa nak mula hidup sendiri, untuk save budget, kita akan bawa semua pinggan-mangkuk, alat elektrik ni sekali. To make it worse, I kept all those wishing cards, even kad kecik dekat hadiah tu (even tak ingat tu tulisan siapa 😂), kad jemputan dua-dua belah pihak. I kept them all.

Masa berlalu saya tak guna pun hadiah tu. Saya akan beli pinggan-mangkuk baru ikut taste semasa saya. Hadiah-hadiah tu saya pindahkan dari stor ke almari, rak ke rak, hoping that I will use it one fine day. Adalah guna sekali dua rasanya, but it is still not as important because I ll always forget them (sebab tak beli kan).

Finally I let them go.

3. My candy jars collections

Dulu saya ada side biz party planning. I prepare candy table during weekends and party goodies. Dan bagi orang dalam line biz ni, you will do everything you can to make the cutest party. Barang semakin banyak, and so my candy jars. I even rent a room at my husband's office to keep my things. Masa berlalu this project consume time and space and I just cant handle it anymore.

Mula-mula I stop taking orders. Lepas tu jar tu sayang pulak simpan lagi. Finally last month I letak elok-elok jar dalam kotak dan hantar ke donation centre.

Setiap kita ada collection barang yang kita sayang. Some may have given us money and satisfaction before.  It's ok to keep some to remember but not all. Up until today, I never regret giving away so many of my party collections.

4. My wedding dress

Masa saya kahwin saya ada tempah sepasang kurung moden lace warna hijau. Baju ni tergantung dalam almari sekian lama. Kadang-kadang I try nak tengok muat lagi tak. Alhamdulillah muat cuma ketat kat bawah ahaha. I rasa tu macam I set bar to me, jangan nak gemuk sangat ok, kena muat pakai baju ni sampai bila-bila.

Sampailah saya start my journey to minimalism, saya tenung baju tu dan tanya, will I wear this again to dinner, maybe? The answer is no. Sebab baju tu tak berapa kena dengan my styling sekarang. Dulu akak jahil jugak, baju nak ikut artis Erra Fazira konon 😂. Lengan baju takde lining ahaha. So I bungkus baju tu and give it away.

Of course saya sayang baju tu. But my marriage doesnt depends on it to remember so many memories of us. Those memories dengan my husband bersusah senang gelak nangis sama-sama sejak kahwin tu lebih bermakna dari sehelai baju yang tak akan saya pakai lagi.

5. Baju arwah Mak saya

Masa Mak meninggal, saya ada ambil 2 jubah dan sehelai tudung dan serkup kegemaran dia. Tudung tu saya yang belikan jadi saya ingat. Sebagai anak perempuan bongsu yang gedik dan mengada-ngada, my mother is my everything. I tried to wear the jubahs tapi tak sesuai sebab I am  a bit taller and slimmer than her. But I still kept them, move it when I spring clean my wardrobe like every week. But I didnt wear it anymore.

Until one fine day I accept the fact that not keeping the baju will never ever make a statement that I dont remember her anymore- I packed the baju and gave it away.

And that tudung and serkup still hanging neatly in my wardrobe. Buat pengubat rindu.

Perasan tak kita susah nak buang barang jika banyak kenangan. Tilam dan baju-baju anak misalnya. Bagi Marie Kondo semua barang ini dikelaskan sebagai 'mementos'. This is the last part of barang that we should discard. Kalau anda beginner in discarding atau menyisihkan barang, biarkan bahagian barang kenangan ini sebagai your final test. Sebelum final test mesti banyak ujian bulanan dan lain-lain kan.

Setelah melalui semua test ini, saya rasa kita cuma boleh buang barang-barang kenangan ini hanya apabila kita sudah 'bersedia'.

So are you ready to face your mementos?

To get back your space and inner peace?

You will be ready when the time is perfect for you. InsyaAllah.

Sunday, September 29, 2019

5 sebab saya ingin menjadi minimalis

Hi assalamualaikum. Cuba update setiap hari nampaknya susah juga. Tapi dekat blog ni saya berkongsi perkara yang banyak kalau ditulis. Kalau di Instagram tu mesti ada gambar. Saya tahu tak semua orang suka membaca panjang lebar. Jadi dekat blog kebanyakannya adalah tulisan.

Kenapa saya pilih untuk jadi minimalis?

1. Sebab saya rasa penat memikirkan asyik nak membeli barang. Kita kaum perempuan ni memang sentiasa nak membeli barang kan? Dulu saya sentiasa ada keinginan nak beli baju, hiasan rumah tapi tak ada arah tuju pun. Paling lama guna pun sebulan. Lepas tu barang tu akan terperuk dalam stor dan setiap kali nak keluar saya akan stress tak ada baju. Dan beli lagi. Saya rasa... penat.

2. Sebab saya rasa sesak. Bukanlah sesak nafas 😄 tapi pening tengok barang banyak-banyak. Bila mula keluarkan barang dari rumah, saya rasa otak saya lega sangat. Macam satu beban yang berat dah terlepas dari kepala saya. Saya rasa lebih gembira dan mampu buat keputusan penting dalam hidup saya.

3. Saya rasa hidup saya lebih mudah bila barang tak banyak. Sejak saya mula belajar menjadi minimalis, saya mula masak setiap hari, berjaya daftar kelas tajwid yang bertahun-tahun saya 'cari' tapi tak 'jumpa', rumah saya lebih kemas, saya lebih positif dan banyak lagi. Kalau dulu rumah saya mungkin nampak kemas, tapi tak. Sebenarnya saya sorok je barang-barang tu 😂.

4. I now lead a happier and healthier life. Bila kita mula hidup secara minimalis, kita akan singkirkan segala perkara negatif dalam hidup. Kawan yang negatif, pemikiran yang terkebelakang, meja kerja yang berterabur dan simpan benda-benda emosi yang sebenarnya tak berikan apa-apa kebaikan kepada kita. Saya mula meal prepping, organizing, budgeting, cuba untuk hargai alam sekitar dengan hidup 'less waste' dan sekarang cuba untuk bersenam semula. Kalau dulu, idea-idea ni hanya berterbangan dalam kepala saya. Akhirnya saya mula ambil tindakan serius.

5. Sebab jadual hidup saya berubah 100% sejak arwah Mak meninggal. Saya perlu jaga rumah kampung, Ayah yang sakit, frequent trips and stay di hospital. Nak tak nak, I have to prioritise what are the things that are really important in my life. Saya perlu care less things to enable me to care for my loved ones. Alhamdulillah dalam saat-saat yang getir itu, Allah swt hadirkan idea hidup minimalis ini dalam hidup saya.

Sebab tu saya suka berkongsi sebab saya rasa mungkin ada orang yang memerlukan tips yang saya kongsikan. Bila dapat mesej dari orang yang pernah amalkan saya rasa bersyukur sangat dapat panjangkan idea yang Dia pinjamkan kepada saya. It took a lot of courage for an introvert like me to share about peti sejuk, under sink organization, barang dapur segala 😂. Tapi biarlah orang nak cakap apa pun, saya percaya seseorang mungkin akan melihat, membaca dan mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah.

Itu aje. Sampai jumpa lagi. Terima kasih membaca!

Thursday, September 26, 2019

1

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah hampir setahun menjalani hidup minimalis (atau masih mencuba), saya akhirnya buat keputusan untuk hentikan blog lama. Puas sudah rasanya blogging di sana. Dalam umur yang cuba menjejak ke angka 40 ini, saya ingin buat sesuatu yang baru.

Ya mungkin juga kesan membaca buku Marie Kondo yang hidup secara minimalis, saya ucapkan terima kasih kepada blog lama.

So yeay kepada blog baru.

26.9.19 - tarikh ini.

InsyaAllah.

Semoga setiap apa yang saya tulis akan berikan kebaikan.

Amin.