Pages

Sunday, October 20, 2019

10 tips masak dengan cepat setiap hari (untuk beginner)

Hai assalamualaikum. Ada sekali dekat blog lama saya, seorang pembaca tulis begini:

'Terima kasih sebab berkongsi. Saya cuba nak masak setiap hari bulan depan sebab kami suami isteri dah tak larat makan di kedai tiap-tiap hari. Harap dapat kongsi menu masakan juga. Terima kasih!'

Lebih kurang macam tu. Pada masa tu saya kongsi tip untuk sedia foodprep. Bila baca tu saya teringat diri saya beberapa tahun yang lepas. Saya bukan sahaja malas masak 😂 tapi tak pandai pula tu. Saya mungkin suka masak tapi rasa persediaan dia dan nak kemas tu agak renyah sedikit. Pagi dah bawa turun ikan/ ayam tapi bila balik kerja pergi order dekat kedai tomyam haha. Masa tu anak pun kecil-kecil lagi depa bernyanyi riang (baca: bergaduh, melalak, minta 1001 perkara) masa kita nak masak, jadi kedai makan/ fast food adalah our bestfriends.

Terima kasih kepada yang tinggal komen di blog lama saya tu. Sebab komen awak tu saya share post ini. Post ini khas untuk beginner atau orang yang baru nak cuba masak setiap hari. Saya telah cuba masak setiap hari sejak tahun lepas dan sejak April tahun ni saya masak setiap pagi sebelum pergi kerja. Mula-mula memang susah tapi lama-lama dah terbiasa. Dan awas kepada yang dah biasa masak setiap hari this post is seriously  not for you. Post ini untuk mereka yang macam saya. Those who are not born to cook hehe. But willing to learn.

Ok dekat sini saya senaraikan tips ringkas bagaimana saya boleh masak dengan cepat setiap hari. Walaupun saya masak pada waktu pagi, anda boleh sesuaikan dengan jadual sendiri.

1. Sediakan alatan masak yang mencukupi

Alatan masak yang wajib seperti kuali, periuk, sudip, periuk nasi. Tip saya adalah guna periuk non stick. Non stick ni biasanya mahal sedikit tapi dia cepat masak, susah nak hangus (we are multitasker remember?) dan mudah nak cuci.

Contohnya saya guna periuk nasi Tefal ni dia tak berkerak jadi tak membazir. Bila nak cuci lalu air panas aje dah tanggal semua (tak rendam pun boleh). Nasi pun tahan lama saya masak dari pagi (tanpa 'keep warm', saya guna beras herbaponi). Harga periuk ni dulu dalam RM180. Saya beli pun masa periuk lama dah rosak.


Masak pula saya guna wok @ kuali deep dari Mr Diy ni. Tak kira lauk berkuah atau goreng, semua masak dalam ni. Kalau dua lauk, saya guna 2 kuali. Bila balik tengahari panaskan sekejap. Sebab saya memang balik makan di rumah tengahari jadi tak perlu simpan lauk dalam peti sejuk. Kuali ni pun mudah dicuci jadi tak perlu sental beria. Harga kuali ni di Mr Diy RM40++ satu.



2. Sediakan bahan masak lebih awal @ prepping

Yang ini saya selalu kongsikan di Instagram. Beli bahan masak yang family kita suka dan mudah dimasak. Beli ayam/ udang/ ikan/ sotong/ daging dan siap dibersihkan untuk dimasak. Kalau ada yang lebih mudah macam servis barang basah mentah hantar ke rumah tu boleh cuba (dekat Melaka ni tak ada). Macam saya, saya guna cili boh, beli bawang siap kupas dan ikan bilis siap kopek. Apa- apa sahaja yang memudahkan kita. Daging batang pinang misalnya cepat empuk walaupun dia mahal sedikit.

Tip saya: cuba tukar baru penapis atau colander set yang digunakan dalam proses mencuci tu. Sebelum ni penapis saya dah 7-8 tahun kot. Tengok pun takde mood. Jika nak semangat memasak bolehlah cari set penapis baru, papan pemotong baru, pisau barulah semangat kita nak prep kan.

Set colander ni saya beli di Mr Diy. Ia BPA free dan food grade (jadi selamat untuk letak makanan). Kalau nak celur mi saya guna bekas + penapis besi. Sebab air panas kalau kena plastik boleh mengeluarkan racun jadi hati-hati ok.


3. Sediakan menu yang mudah dan disukai semua

Sebenarnya saya masak resipi yang hampir sama aje setiap minggu. Yang penting keluarga saya suka makan menu tu jadi tak penat masak asing- asing. Saya cuba masak nasi setiap hari sebab nasi lebih mengenyangkan. Bila dah biasa masak biasanya kita ingat dah bahan- bahan yang nak guna untuk masak tu. Jadi lebih mudah nak prep.

Tip saya adalah sediakan buku resipi yang ringkas. Dalam tu ada senarai bahan dan step masak. Bila nak beli barang tengok list tu jangan ada tertinggal barang.

Menu yang selalu dimasak di rumah saya:

Sambal, masak lemak, asam pedas, kari, tomyam, sup, goreng kunyit, sayur campur.

Ulam, salad (senang tak payah masak haha).

Bahan-bahan tu rotate je dengan bahan basah yang ada. Stok telur dan sardin wajib ada. Time malas atau lauk habis memang syok layan telur goreng dan sardin.

4. Rancang nak masak apa dari malam sebelum

Malam sebelum nak masak tu, siap- siap rancang nak masak apa. Turunkan dari bahagian freezer ke bawah. Sebab bila bahan nak masak tu masih beku, hati kita pun membeku tiba- tiba malas nak masak 😅. Bila tengok peti tu pun jenguk bahan semua cukup ke? Kalau tak cukup boleh pergi beli lagi. Kalau kurang cekap memasak macam saya, saya banyak belajar masak dari Ig: Yatiekitchen, CikInaMail, Wanakamal79 dan Icookweeat. Semua ni adalah guru masakan saya. Thank you sisters!

5. Masak nasi dulu

Walau excited macamana pun, kena masak nasi dulu. Pernah tak dah siap masak, lepas tu tengah lapar gila, nasi tak tekan pun lagi 😂. Saya biasa set masa masak selama 1 jam aje dah siap masak + cuci alatan + lap kaunter dapur sekali. Tempat tos pinggan penuh don't care. Janji lunch and dinner are ready! Jadi saya tak perlu pening nak tapau makanan dan keluar masuk kereta di tengahari/ petang lagi.

6. Sambil masak, kemas

Bila prep ni kelemahan dia bekas tipuware tu banyak sikit. Jadi sambil masak tu siap- siap kemas sinki sekali. Pagi saya siapkan sarapan simple juga untuk suami dan anak- anak. Jadi bekas-bekas tu memang ada. Sambil masak, tangan tu laju mengelap kaunter semua. Spray cuka putih + air sentiasa ada kat tepi.

Lagi satu, sebab guna kuali non stick tu saya tak risau sangat terhangus ke apa haha. Buka api tu pun agak- agak sikit jangan besar sangat kita kan amatur (motip nak goreng sayur sampai api naik atas kuali? 😂 ).

7. Jaga kesegaran lauk (kalau masak awal)

Bila dah siap masak, jangan terus tutup kuali rapat- rapat. Saya akan buka kipas kuat dan biar lauk tu sejuk sedikit sementara saya bersiap nak pergi kerja. Kain lap yang bersih dah siap sedia dekat tepi kuali. Bila tutup tu pun masih ada air menitik jadi terus lap kering penutup kuali tu. Kalau lauk berkuah memang kena hati- hati takut basi. Kalau sambal tu ok aje insyaAllah tahan. Bagi yang masak pagi dan petang baru balik, boleh simpan dalam peti sejuk. Dulu saya masak dalam periuk Corningware terus sebab muat masuk peti sejuk (tapi periuk tu cepat panas). Tapi sekarang saya letak dalam kuali aje cuma tengahari mesti panaskan semula.

Kalau masak petang saya akan simpan sebahagian untuk lunch esoknya. Jadi esok pagi tu saya masak nasi sahaja.

8. Ringkaskan kerja rumah yang lain

Masak memang mengambil masa jadi saya ringkaskan urusan yang lain. Siap masak saya akan power sweep (sapu cepat) satu rumah, lap meja makan dan ikat sampah siap- siap nak buang nanti. Saya masak dari 6.50- 7.50. Baju dah sidai dari malam sebelum (indoor drying). Baju kerja pun mostly ironless. Dengan cara ini saya tak rasa kena sacrifice oh bila masak, tak sempat nak buat kerja rumah. InsyaAllah tak ada feeling macam tu.

9. Masak secukupnya

Dulu saya pernah buat pes masakan supaya senang nak masak. Tapi sekarang tak buat lagi sebab buat pes ni dia double penat + kecah semua. Apa yang penting saya tahu portion secukupnya untuk keluarga saya makan jadi makanan tak terlampau terlebih atau kurang. Contoh: ayam potong 12 tu untuk lunch + dinner cukup. Kalau hari anak ko-ku tak balik saya akan kurangkan sedikit.

Kenapa kurangkan? Sebab handle leftover food ni letih (banyak bekas) dan memenuhkan peti sejuk. Saya ok je makan leftover tapi family saya suka lauk yang baru. Jadi malam- malam saya akan buat lelongan - 'ok nasi ada lagi dengan ayam 1 ketul, sape nak???' Ha biasa Aiman atau Papa dia akan perabiskan. Simpan sikit- sikit tu ok. Dengan cara masak secukupnya ni tempoh masak 30 - 45 minit tu akan mencukupi.

10. Tahu kenapa sebenarnya kita nak masak hari- hari

Bila saya belajar prep makanan, saya terfikir bila makan dekat luar, restoran ni bersihkan ke bahan mentah (ayam/ sayur/ telur dll) betul- betul macam saya buat dekat rumah? Berapa banyak pula ajinomoto yang dia tuang dalam kuali tu? Saya dah lama juga tak beli makanan di pasar malam dan bazar ramadhan (dulu favourite yakmat). Lagi satu isu, halal ke?

Asalnya saya masak- masak dengan kerap ni sebab anak saya selalu kena gastrik. Bila masak dia kurang kena cuma saya kena berkorban masa sedikit masak. Alisha pula cerewet makan, bila beli selalu membazir tak habis. Jadi masak makanan kegemaran dia adalah satu solusi. Jadi niat untuk sediakan makan yang halal dan sihat untuk keluarga boleh jadi tujuan utama kita.

..............

Turning point untuk saya masak setiap hari adalah selepas mak saya meninggal dunia tahun lepas. Sebab lepas Mak tak ada, perkara yang sangat dirindui adalah masakan dia dan kenangan masak bersama dia. Jadi saya rasa saya nak berikan kenangan saya masak ni untuk suami dan anak- anak. Semoga mereka dapat merasa air tangan saya yang cuba masak ni walaupun saya tak pandai.

Masak setiap hari atau tidak ni bukanlah satu pertandingan antara isteri/ mak- mak. Orang mudah untuk judge kenapa tak masak, dia boleh, kenapa kita tak boleh. Setiap orang ada sebab tersendiri kenapa dia masak/ tak masak, masak pagi/ petang, atau suka masak western ke. Kadang orang bersilat jaga anak sorang- sorang dekat rumah suami pula sibuk kerja. Kerja pula stress. Ada yang tak ramai jadi lebih jimat tak masak selalu. Apa jua alasan, keputusan nak masak atau tak tu datang dengan alasan yang tersendiri. So who are we to judge others.

Memang letih masak ni kadang sis nangis tanpa air mata di bucu kabinet. Tapi bila dengar anak/ suami request masak lauk itu ini lepas tu depa cakap lauk tu adalah terbest di donia- sis terharu. I think the feeling is something that money can't buy. Semoga peluh yang gugur, minyak panas yang terpercik ke tangan, tangisan sepi di bucu kc haha, akan jadi saksi kita di sana nanti.

So fret not, when you are ready to cook everyday, you will be ready. Insya Allah.

Thank you for reading.

Disclaimer: sis ada je tak masak bila  dah malas dan makan dekat luar. Jangan ingat sis rajin bebenor.