Pages

Monday, December 2, 2019

5 langkah untuk hidup bebas dari hutang

Assalamualaikum. Post ini dah taip dari minggu lepas. Tapi sebab cuti sekolah, saya tak dapat nak fokus sangat. Biasalah cuti, banyak aktiviti dengan anak-anak dan famili. Dah setahun saya menjadi seorang yang bebas hutang, Disember adalah bulan kelahiran saya. Jadi saya kongsikan serba sedikit perjalanan saya untuk menjadi seorang yang bebas dari hutang.

Secara jujur, tidak ada apa yang dapat dibanggakan. I am almost 40 dan kalau debtfree lebih awal tu barulah best kan. Tapi bidang kewangan ni memang minat saya sejak dulu lagi. Saya beli buku Jutawan dari Planet Jupiter karya Azizi Ali, baca artikel Sunthara Segar di Mingguan Malaysia dan compilation book of his articles. Walaupun saya beli buku-buku tu, I still do miserably and failed to plan my financial sebab tiada ilmu, plan dan contoh untuk diikuti.

Until one day 5 years back, saya cakap I am enough with this sh*t (sorry haha) I started my financial freedom jouney, cried together with my husband, tak tahu pun macamana but I walked slowly. Alhamdulillah last year December 2018 I was debt free. My husband tinggal hutang kereta (1 tahun) dan rumah. He will be there insyaAllah.


Dekat sini saya kongsikan 5 langkah yang saya dah lalui untuk hidup bebas dari hutang. Mungkin ada yang skeptikal, but these are my steps.

1. BERHENTI BERHUTANG

Ya berhenti. Dan berhenti buat hutang baru yang tak perlu. Hutang yang ada senaraikan dan mula bayar secara konsisten. Potong dua semua kad kredit.

2. BUAT BAJET & CARI ILMU

Untuk buat bajet ni senang aje, senaraikan semua perbelanjaan. Saya create 1 whatsapp group dengan suami. Although dia tahu saya beli barang apa semua, tapi kita pun segan sendiri nak beli barang tak tentu hala 😂. Dekat sini snap gambar resit kalau ada. Tapi mesti tulis walaupun beli keropok RM2.

Kemudian dalam 1 buku (saya guna note book comel simpan dalam handbag) pecahkan perbelanjaan kita kepada beberapa kategori. Macam saya ada: Petrol, Food, Bookstore, Toiletries, Clothes, Home, ASB, Gift, Medicine, Misc. Melalui list ini kita tahu duit kita akan habis ke mana. Jadi pandai- pandailah insaf kalau dah terlebih belanja tu.

Ilmu pula saya follow #debtfreecommunity, Dave Ramsey dan banyak lagi di Instagram. Ilmu dekat socmed ni lebih cepat dan mudah hadam sebab kita ni kan sibuk di socmed nak membaca buku tu malas sikit haha.


3. BERJIMAT

Berjimat ni bukan maksud beli barang murah sahaja. Mungkin barang tu mahal sedikit tapi berkualiti dan digunakan lama. Jika dapat beli semasa murah (sale) lebih bagus. Masak sendiri misalnya lebih jimat dari makan di luar. Bukan tak boleh have fun langsung, tapi ikut bajet, jangan sampai berhutang. Sebelum beli barang baru, korek dulu barang yang ada dekat rumah. Kadang semua tu hanya tarikan iklan/ lifetstyle orang lain sahaja.

Bila hidup minimalis ni ia memang sangat membantu saya dalam bab membeli barang. Baju- konsep capsule wardrobe. Masak- buat prepping takde membazir. Hidup simple tak ada nak beli banyak barang. Nak beli 1 barang fikir 38x.

4. SIDE HUSTLE 

Jika ada kesempatan, cari peluang untuk jana pendapatan tambahan. Tutoring, writing, anything. Saya sendiri ada biz online cuma tahun ni slow down sebab jaga ayah yang kurang sihat. Biasalah jika nak raya/ sekolah perlu extra income. Jangan pula belanjakan extra income ni. Simpan untuk emergency kereta rosak, raya dan lain-lain.

Side hustle ni jangan pula buat kita terlampau tertekan. Ingat keluarga kita perlukan kita yang happy dan sihat mental berbanding duit yang banyak. Jika tak ada kesempatan tak apa, pandai berjimat akan sangat membantu. Yang penting kita happy. Untuk apa bebas hutang tapi kita sewel, keluarga berantakan (sekadar contoh).

5. FOKUS

Sepanjang perjalanan nak menjadi debtfree ni, saya biasa terima kecaman orang. Orang kadang susah nak terima kita tak berbelanja/ berhutang seperti mereka. Tapi alhamdulillah saya dipertemukan dengan insan yang pandai bajet, bebas hutang, live within the means, hidup sederhana tapi bahagia yang banyak menasihatkan saya. Bagi saya dalam umur 40 tahun ini, ketenangan adalah prioriti. Alhamdulillah saya hidup tenang dengan keluarga saya.

Perkara yang paling melukakan sebenarnya bukan datang dari kata-kata orang lain, tapi pandangan kita terhadap diri kita sendiri. Jadi jika kita berniat untuk bebaskan diri dari hutang and get financial freedom, fokus, bayar hutang on time and achieve our goals one sweet day.

.....

Jadi saya tak nak buat hutang lagi ke?

Mungkin jika ada keperluan pada masa depan. Hutang adalah perlu juga (kereta, rumah) tapi bukan untuk benda-benda kehendak kita. Jika nak sesuatu, saya akan kumpul duit dan beli tunai.

Dalam keadaan ekonomi yang dijangkakan semakin meleset pada 2020, saya harap lebih ramai dapat berjimat dan bebas dari cengkaman hutang insyaAllah. Dan Islam sendiri menekankan hidup tanpa hutang, tidur akan lebih nyenyak di waktu malam (tiada kerisauan) so trust that.



My current step is baby step 3. Biasalah buat tabung selalu korek but I will get there. InsyaAllah.

Harap bermanfaat. Bye!


No comments:

Post a Comment