Pages

Sunday, November 3, 2019

Saya ubah 5 rutin ini untuk jimat masa buat kerja rumah

Assalamualaikum. Sepanjang 1 tahun ini, ada beberapa perkara yang saya dah ubah untuk ringkaskan kerja- kerja saya di rumah. Saya memang suka berkemas, tapi bila buat perkara yang sama hari- hari, timbul juga rasa bosan dan terfikir macamana nak mudah dan cepatkan lagi proses buat kerja- kerja ni.

Di sini saya ringkaskan 5 rutin yang saya buat untuk jimatkan masa saya. Mungkin ada yang sesuai dengan anda, mungkin ada yang tidak. Hidup kita ini berbeza- beza. Motif saya kongsi untuk beri idea kepada sesiapa yang memerlukannya. Buat kerja rumah yang sama selama bertahun- tahun (dalam kes saya sudah 15 tahun) buatkan saya fikir lebih mudah dan praktikal proses kerja rumah ni- lebih gembira saya nanti.

Tips ni mudah aje, cuma ada yang penat sikit awal- awal tu (no. 4 dan 5). Selamat membaca!

1. Guna cadar patchwork/ quilt



Bila guna cadar patchwork, tak perlu risau cadar kedut beria. Nak kemaskan setiap hari hanya tarik dan adjust sahaja. Dan tak perlu jadi monster bila anak duduk main atas katil, sebab senang nak kemas balik. Dulu saya memang teruk, selalu hangin bila anak tak kemas katil tegang lepas guna. Sekarang nak main atas katil boleh tapi kemas balik. Dorang pun senang nak kemas sebab simple aje kan.

Cadar tu beli kat Shopee- taip 'cadar patchwork'. Kalau tak tebal basuh guna mesin basuh biasa pun boleh.

2. Indoor hanger drying



Satu lagi perkara yang saya ubah adalah indoor drying guna hanger. Dengan cara ini saya tak risau lagi nak sidai baju pada tengah malam atau sebelum subuh. Ada masa kami sangat sibuk balik malam dan laundry area pula di belakang (open area). Jadi siapa sempat akan basuh baju even terlelap bangun tengah malam pun boleh sidai tanpa perlu sis nak sarung tudung dan buka tutup pintu grill lagi.

Kelebihan sidai indoor guna hanger ni baju tak kedut sangat, boleh terus sangkut dalam almari dan tak risau hujan, ribut dan taufan melanda hehe. Biasa kena kipas 5-6 jam dah kering dah. Baju kecil- kecil guna round hanger kepit tu. Anak- anak pun senang nak tolong. So saya tak ada dah bakul baju belum lipat sebab semua baju diproses setiap hari.

Saya guna rak Mulig dari Ikea.

3. Capsule wardrobe



Capsule wardrobe ni hanya simpan pakaian yang kita betul- betul suka. Dulu saya simpan sebab baju tu saya mungkin nak pakai nanti, baju tu harga dia mahal sikit, saya mungkin nampak lawa pakai nanti. Hakikatnya bila saya pakai, saya tak suka/ rasa comot dan menyusahkan.

A good friend of mine pernah tanya, camne kau so determined to get rid of your baju? I think my answer is bila aku dah bersedia to let go perkara tak menggembirakan/ memeningkan dan pandangan orang terhadap my appearance. Asalkan mak kemas, sopan (sejak umur gini nak syariah friendly gak), sedap mata sendiri dan yang tersayang memandang dah cukup. Yang penting waktu kerja sis tahu tanggungjawab and if people want to judge my appearance let them be.

Jadi sekarang tak pening nak pilih baju hari- hari. Pic tu the latest lepas sisihkan baju kurung, skirt dan shawl lama. Baju harian pula dilipat. Sis adalah award winner pemilik baju paling sikit kat rumah 😂.

4. Simple kitchen



Satu sebab saya dah mula masak dengan kerap adalah bila saya dah declutter besar- besaran dapur saya. Almari ni dulu contohnya menyimpan 90% barang yang saya tak guna. Tapi sekarang saya hanya letak barang yang saya guna sahaja.

Simpan barang yang banyak di dapur bagi saya akan menjadi mental block untuk masak. Asal masuk dapur nak kena buka kabinet nanti cepat- cepat nak tutup sebab penat nak tengok. Jadi bila saya ringkaskan barang yang ada dalam almari, table top dan peti sejuk, otak saya lebih fresh. Bila dah fresh tu biasanya barulah ada idea nak buat apa lepas tu.

Sekarang masuk dapur kerja jadi lebih cepat dan menyenangkan hati.

5. Organized store room



Masa birthday saya tahun lepas, I decided to organized my store room. Saya tukar kepada para besi warna putih, cuci lantai dan susun semula. Saya buang berkodi- kodi barang. Lepas tu saya rasa tenang dan fresh sangat. Sebab store room ni biasanya tempat kita longgokkan barang yang kita jarang/ tak nak guna tapi sayang nak buang.

Dekat sini saya simpan barang yang jarang guna/ guna masa raya, tong gas, vacuum cleaner dan sekarang boleh letak mesin basuh lagi. Masa nak ambil atau cari barang dah jadi ringkas dan cepat. Dulu nak jalan pun susah. Menyimpan dan ambil barang dah jadi lebih mudah sekarang.

......

Kepada yang mungkin lama kenal saya di Ig, saya ambil masa yang lama untuk mencuba sistem ini semua (hampir 1 tahun). Saya try and error and improvise. Ada masa saya sibuk sangat atau bad mood tapi nasib baik ada sistem ni semua yang bolehkan saya beroperasi walaupun hakikatnya mak macam tak nak buat apa- apa pastu nak telan satu bekas aiskrim sorang- sorang sambil layan perasaan haha. Sometimes life throws you lemon, take it and make lemonade.

Kerja isteri dan mak- mak ni biasanya tak pernah habis. Selesai yang di sini, yang di situ menunggu pula. Yang penting bila dah terlalu letih, take your time and rest. Kerja rumah boleh tunggu and our mental health are important. It is ok to have messy home sometimes.

Itu sahaja sharing saya kali ini. Terima kasih membaca. Harap bermanfaat!

2 comments:

  1. it's ok to have a messy home sometimes... i loike ana!! tq for the post :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau adalah pengkomen pertama Tan. Lav ya lots!

      Delete