Pages

Wednesday, May 27, 2020

Minimal Raya ever..

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Biasalah bila sharing di sana sini ada yang terlepas, terlebih dan orang salah faham. Jadi maaf dipinta ye..

Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya rasa hari raya kali ni sangat ringkas @ minimal tapi bermakna. Mula-mula rasa tak biasa. Tapi lama-lama kita mula adaptasi dan menerima hakikat.

Me on the other side ada juga beberapa kali menangis tersengguk-sengguk rindu kat Mak. Lagi nak raya lagi teringat kan.. Sampai satu masa saya buat video compilation gambar-gambar arwah Mak, hantar kat grup family, cried together, lepas tu baru rasa lega. Semua orang saya rasa ada kisah masing-masing nak overcome kesedihan bab raya ni.

Tapi yang pasti less burden for everyone. Kalau dulu hari mantai (a day before raya) masing-masing tak cukup tanah nak masak, kemas rumah, shopping last minute. Saya pula akan prep barang nak buat makan-makan nanti biasanya raya kedua lepas tu berkejar balik kampung. Hari terakhir puasa biasanya hari yang sangat meletihkan tapi bukan tahun ini. Alhamdulillah sempat masak lepas tu mengaji bila free. Inilah akhir Ramadhan yang selalu saya impikan. A relaxful day to do the tasks and to say goodbye to the holy month.

Saya teringat Prof Muhaya kata bahawa Covid 19 ini adalah cara Allah swt reset semua perkara di dunia ini. Ekonomi direset semula dengan tidak lagi bergantung pada barat. Kalau dulu semua sibuk bekerja, masa PKP kita sibuk berehat. Tak pernah pun kita terfikir kita akan hidup macam hari ini, pakai mask ke mana-mana, raya pun berpada-pada. Tak pernah terlintas langsung kan.

Lepas tu saya berbual dengan orang-orang tua mostly lega sebab tak ramai balik kampung. Kadang old norm orang Melayu ni bertandang tak kira masa. Orang-orang tua ni pukul 10 malam tu kira dah lewat sangat dah. Ada saudara-mara jauh yang tinggal berhari-hari di rumah tua. Ada yang datang hingga lewat malam, main mercun segala, belum campur anak-anak lari ke sana sini. Orang-orang tua ni mereka perlu selalu rehat. Kejap-kejap nak rehat/ baring especially yang ada penyakit akan mudah stress dan penat. Mereka suka kita balik cuma tak dinafikan mereka ni dah lama hidup alone @ tenang kat kampung tu.

Lepas tu sape yang tinggal di rumah tua ni nanti asyik kena memasak untuk tetamu yang datang, ada pulak yang request nak makan itu ini sebelum datang. Datang mostly secara konvoi. Tak pasti yang datang tu sibuk bertanya khabar atau main phone. Sebenarnya tak salah pergi beraya tapi adab sebagai tetamu mesti ada. Tak meminta-minta, tanya khabar, hormati masa tuan rumah, sedekah apa patut dah tu balik cepat. Pegi dengan niat betul-betul nak ziarah tok nenek tu semua dan kenalkan dengan anak-anak kita. Orang-orang tua ni income pun limited mana nak bayar bil api, air pastu nak siapkan makan minum tetamu lagi. Lebih baik simpan untuk medical expenses depa.

Kakak saya pun lega raya kat rumah sendiri. Biasanya sape single belum kahwin ni memang akan jadi mangsa lah prep barang kat kampung dulu sampai yang lain-lain balik. Pergi beli ayam/ daging/ santan dll semua dia. Jadi kepenatan berganda-ganda time raya. Lepas tu bila semua orang dah balik dialah kena layan tetamu yang datang rumah tua. Jadi dia kata macam syoklah pulak raya rumah sendiri. Masak untuk keluarga terdekat aje dah cukup.

Antara perkara yang bermakna bagi saya adalah dapat menghayati solat raya. Sis walaupun dah 40 tahun hidup tak pernah solat raya sebab pagi-pagi biasa sibuk siapkan makanan. Kali ni dapat solat kat rumah mentua bahagia rasanya. Even selebriti macam Dr Fatin Liyana tu pun lega sebab biasa pagi-pagi dia bersilat dekat dapur dengan siapkan anak-anak tapi tahun ni tak lagi. Hikmah raya PKP yang hampir semua orang dapat rasa dan hargai.

Sebenarnya saya rasa inilah pengertian Hari Raya yang sebenar, kita ucapkan syukur Ramadhan dah berakhir sambil fikir sempat ke kita sambut Ramadhan berikutnya. Semuanya serba sederhana tapi orang yang tersayang tetap kita ingati. Raya dalam keadaan simple, minimal begini sangat bermakna bagi seorang yang introvert dan minimal seperti saya. Kurang pembaziran makanan dan perbelanjaan. Semuanya serba sederhana. Raya kali ni sempat melepak dan bergambar dengan inlaws kalau tak dulu semua keletihan sebab tetamu datang non-stop. Kadang nak lepak sana lama pun tak boleh sebab rumah saya pula ada orang nak datang. Everything dah back to basic.

Bukanlah tak sedih kami sekeluarga adik-beradik terpisah masa hari raya. Ada airmata yang gugur masa video call. Tapi bila dah lalui baru kita faham inilah kelebihan dan hikmah yang tersembunyi. Terpisah tak bermakna tak sayang malah lebih ikhlas kita mendoakan. Terpulang pada mata hati masing-masing untuk melihat rahmat raya pkpb versi minimal ini..

Semoga kita berjumpa lagi. Selamat hari raya! (raya sebulan, ziarah je sehari hehe)

2 comments:

  1. Singgah beraya di sini.
    Ya Allah betullah selalu raya saya ambil peranan basuh pinggan mangkuk. Single katakan. Macam tak habis-habis kemas. Penat. Ada orang seronoklah berborak sahaja tanpa buat kerja. Ada orang kena sediakan dan kemas. Apapun tahun ni memang tenang dan banyak rehat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis selamat hari raya. Betul tu kakak saya kesian tengok dia memang penat gila layan tetamu tak berhenti. Tapi taun ni dia relax dan kata syok pulak haha. Alhamdulillah

      Delete