Assalamualaikum dan hai. Ada lagi ke orang baca blog ni? Kalau tak menulis tu maknanya jadual terlalu pack. Kerja, famili, adik beradik, ayah dan semuanya. Plannya nak share tentang health screening at Pathlab ni, baru ada kesempatan nak menulis.
Lebih kurang bulan puasa tahun ni, I kenal dengan seorang dietition ni. Dia banyak ajar saya tentang nutrisi, kira kalori, why I have to exercise dan banyak lagi. Dia juga orang yang menunjukkan jalan untuk I pergi buat health screening. I used to belajar/ baca sendiri/ beli buku-buku, tapi tak sama macam kita belajar dengan orang yang ada ilmu. Kalau uols berniat nak jaga kesihatan, belajarlah dengan orang yang ada pengalaman/ ilmu. Tak rugi pun sebab kita invest untuk perkara yang paling berharga iaitu kesihatan.
Masa mula-mula jumpa dia, I tanya:
Saya ni ada genetik family history ada penyakit merbahaya, adakah saya boleh dapat juga penyakit-penyakit macam tu?
Jawapan dia:
Puan, kita tak boleh ubah genetik, tapi kita boleh melambatkan proses tu.
Mungkin Puan boleh ada diabetes, tapi pada umur 70 tahun.
Kalau Puan jaga dari sekarang, mungkin Puan tak akan kena langsung.
Serius masa dia cakap kita tak boleh ubah genetik tu, yang terbayang dekat mata saya adalah anak-anak saya. Saya nak lihat mereka berjaya, masuk u, ada keluarga, hidup bahagia. Taip ni pun mata dah bergenang weih.
Dan lagi satu, memikirkan anak-anak perlu jaga saya semasa saya sakit adalah the last thing that I want to do in this world.
The booking.
Fast forward last September, I buat almost full health screening di Pathlab. I sebaiknya buat yang ada tumour marker sebab ayah ada kanser. Dulu boleh buat general viewing package, sekarang dah tak ada pula. Boleh visit untuk lihat dekat LINK INI.
Kemudian, I buat temujanji secara online. Sekarang dah tak ada, maybe uols can call centre sebelum pergi.
Untuk blood dan urine test yang I pergi tu kena puasa makan 12 jam sebelum pergi. Minum air kosong boleh. Ladies pula pergi 5 hari selepas habis period untuk elak ada blood trace dalam urine.
The day.
Masa hari yang dijanjikan, kita sampai, inform nak buat health screening dan dia akan brief pakej yang ada. I terus-terang ada family history cancer, dia tanya jenis cancer dan kemudian suggest health screening yang sesuai.
Pakej yang I pilih tu boleh pilih 3 jenis tumour marker (maksudnya pengesanan jenis kanser). Jadi I pilih lebih kurang macam ni:
(by the way pakej ni dah tak available on website)
Daripada pembacaan I, jika badan kita ada sel kanser, bacaan pada tumour marker tu akan jadi tidak normal. Setiap ujian mempunyai julat pemarkahan sama ada bacaan normal atau tidak.
Oleh sebab ada urine test juga (yang I tahu last minute ingatkan ambil darah aje) so dia beri botol untuk urine. Pergi toilet dan beri sample pada dia. Dah lah minum sikit pagi tu, siap cakap sorry kat staf tu sebab sample urine sikit. Dia tengok cakap oh cukup tu kak dont worry. Tibeh nak serba-salah pasal urine sikit haha.
Lepas tu, duduk dekat tempat ambil sample darah. Dia beri benda untuk genggam, lepas tu dia cucuk dekat lengan.
Sekejap aje guys. If you survived vaccine Pfizer/Sinovac/Astrazeneca tu, this is a piece of cake.
Yang I lebih-lebih takut sebab last cucuk darah masuk hospital 2012 (sinus), 2009 (beranakkan Ica). Kiranya dah lama betul tak ambil darah seram juga haha.
So, lepas tu balik. Result dalam masa 5 hari. Then, the waiting game began.
The waiting
Hari 1-3 I ok lagi. Hari ke 4 dah sampai tak boleh tidur malam. Terfikir apa tau? Macamana kalau ada bad news. I ni jenis tido nyenyak aje. Kalau dah tak boleh tido tu memang ada sesuatu yang berat nau nak difikirkannya.
Sampai hari yang ditunggu-tunggu, I pergi.
Sampai sana, the staff panggil masuk bilik dan explain.
Mak dah lah cemas tapi cover ajelah.
Semua ok alhamdulillah. No diabetes, kolestrol, tumour marker clear.
Except perut ada bacteria yang perlukan antibiotik. So dia suggest untuk ke klinik dan bawa report.
She said my overall report was good. Biasanya orang akan problem pada part diabetes dan kolesterol.
Alhamdulillah. I cakap I was so nervous I couldn't sleep last night.
Dia ketawa and said not to worry just to get antibiotics for my stomach.
About test bacteria pada perut tu, dia yang suggest pada I. Test tu adalah pilihan. Alhamdulillah Allah beri ilham pada dia dan saya untuk pilih test tu.
Never in my life I fikir ada bakteria dekat perut. Ubat gastrik pun dan bertahun tak makan. Cuma I mengaku kurang makan yogurt sebab takut manis dan kurang makan sayur fresh sebelum ini. As the saying goes, you are what you eat. Dulu fikir kalau perut sakit sikit tu nak period ke atau lapar. Lepas makan oklah. The staf beritahu jika tak dirawat boleh melukakan perut in long term. Mintalah dijauhkan.
Please go for it
Although my overall reading is good, I am looking forward to do the test again in 15 months as suggested.
The money spent (RM255) was worth it knowing that I have done my best to protect myself from illness that I may not see/ feel.
Those IG stories about health screening received many dm(s) after I posted them.
To all readers who read this post, please do your health screening soonest possible. Kita akan dapat full profile kesihatan kita lepas buat.
Masa nak bayar tu anggap kita invest untuk diri sendiri.
Badan kita ni pinjaman sahaja. Adakah kita dah jaga dengan sebaiknya?
Fikirkanlah orang-orang yang kita sayang, yang tunggu kita buka mata setiap hari, yang harap kita ada dengan mereka selama yang boleh.
Take care of your body ok.
The tests.
Dari health screening saya ni, ujian yang dijalankan adalah:
- haematology (darah- untuk kesan anaemia, infection, inflammation, Thalassemia, Leukamia)
- diabetes screen (kencing manis)
- kidney function tests (early detection of kidney damage)
- lipid profile (for heart disease and stroke)
- liver function tests (for function and liver damage)
- hepatitis screen (hepatitis)
- tumour markers (breast, ovary, alpha foetoprotein)
- thyroid screen (for thyroid disease)
- serology (blood serum test)
- urinalysis (for urinary infection and kidney function)
By the way, uols boleh buat health screening di tempat lain selain Pathlab. Boleh google [healthscreening + your place].
They say life starts at 40. Tapi dekat-dekat umur 40 ni lah saya mendengar berita kawan meninggal sebab kanser, kena stroke dan sekeliling kita ramai yang dah pergi sama ada kerana Covid 19 atau pun sebab-sebab lain. Bagi saya, take care of yourself more when you reach age 40.
It took a lot of courage for me to go for full health screening, to wake up, to walk through the door that morning, to face my biggest fear but I glad I did it. I pray that uols have the courage too :).
Jumpa lagi. Bye!