Pages

Friday, September 10, 2021

Living simple, my saviour

Assalamualaikum. Saya cuba untuk blogging setiap Jumaat. Bila menulis ni kena konsisten. Idea tu ada tapi biasanya berterabur dan susah nak kutip semula bila dah hilang.

Idea living simple ni bagi saya adalah untuk tidak semestinya mengikuti arus semasa. Hidup dengan purpose. Nak buat apa fikir dahulu. Penting ke? Does this alligned with the life that I want to create? Macam saya, saya memang tak suka barang banyak-banyak. Tengok husband beli groceries pun I dah hmphhhhh (pikir penat nak susun) padahal I yang listkan nak beli apa. Hidup minimal selama beberapa tahun ni memang buat I alergik berhadapan dengan barang yang banyak.

Bab anak pula, Ica banyak juga barang dia. Biasalah budak perempuan barang comel-comel untuk deko semua nak beli. Aiman pula typical boy sayang nak buang barang. Tapi berbanding tahun-tahun lalu, dah banyak berkurang barang masing-masing. Tone warna bilik pun semua dah back to basic- black, grey, white and little bit pink for Ica. I rasa bila kita mula memilih barang dan mula simpan barang yang penting, orang sekeliling pun akan mengikut juga.

Dulu-dulu, I rasa organize tu akan buat hidup jadi lebih baik. Tapi yang sebenarnya, bila saya mula memilih apa yang penting dalam hidup ni. Pilih barang yang betul-betul memberi makna (value) sahaja. Some memorable items macam kad ucapan hadiah kahwin, kad birthday zaman uni I simpan sebab sayang. Bila fikir-fikir balik, orang yang bagi tu ada yang dah tak contact I pun. Lebih baik I hargai orang yang masih mengingati I. Bila dah buang berkodi-kodi barang tak pakai, I gained back my space, kepala pun rasa lebih lapang.

I juga unfollow/ limitkan certain accounts dekat social media. Kadang bila unfollow tu bukanlah tak suka, cuma mungkin dah lain haluan. Dia dah jalan lain, kita lain. Dulu minat tengok apa dia buat, sekarang tidak, macam tu lah. Kadang orang nak kecilkan circle, nak lebih privasi. Pendek kata, sentiasa berlapang dada bab soc med ni. 

Living simple ni basically bukan dari segi barang sahaja. Cara hidup, cara berfikir, kalau ada masalah nak buat macamana? Nak lari, nak berehat dulu then hadap ke? My priorities sekarang adalah keluarga dan kesihatan. Biasanya keutamaan ni akan datang dari pengalaman hidup. Pengalaman I kehilangan mak 3 tahun lepas dan menguruskan ayah di wad kanser mengubah my mindset. Bagi saya, apa yang paling penting adalah spend the moment with your family. I tak pernah ingat mak dulu ada berapa ringgit ke, stylo ke, organized ke, tapi yang I ingat adalah pengorbanan dan kasih sayang dia yang tidak bertepi dekat kami adik-beradik.

Living simple atau minimalis orang kata, is my saviour. I evolved dari zaman hoarder sampai sekarang fikir panjang nak buat/ beli sesuatu. People may change, I changed. And you, thank you for reading! 



No comments:

Post a Comment