Pages

Thursday, September 2, 2021

The pandemic and I

Assalamualaikum and hi everyone. Mula-mula I ingat nak update blog lepas tu tak perlu bagitahu orang. Lepas tu terfikir apalah ertinya menulis tapi tak ada orang baca. Bagi introvert macam I ni, kita cuma harap takde orang pelik-pelik muncul. Komen pelik-pelik. Sebab menulis ni pun nak menggembirakan hati. Tapi bila fikir kalau takut dilambung ombak, janganlah berblog ye tak. So yeah I took the risk. Lagipun bukan ramai pun mostly my follower baik-baik ajer. Yang mana coin collector, nama pelik-pelik Prof dari Uzbekistan semua awal-awal mak dah block haha.

Masa pandemik ni, seriously ada hari I tak mampu nak buat apa-apa. Ada hari sis kemain semangat pagi-pagi dah terpacak kat dapur zup zap mengemas. Kerja ofis zus zas zus zas siap. Ada hari I bersenam dan menjaga makan. Live happily or I can say living the moment. But sometimes, I rasa masa itu terhenti semasa pandemik ni. Semua kerja tak boleh buat cepat-cepat bila kerja dari rumah. Some of the days, I cuma duduk dalam bilik sorang-sorang tak buat apa-apa and prioritizing my mental health. That clean up can wait, tak larat masak tapau, tak larat nak bercakap dengan sesiapa diam aje. Kalau membeli satu-satu barang tu boleh buat I happy, I beli.

Keadaan ni tak selalu berlaku. But it happened. Dan paling penting bila ia berlaku we have to recognised it. We take charge.

Berehat sekejap dari rutin is ok for your family. Kadang kita ni risau sangat kalau kita tak buat siapa nak buat. Biasanya I akan explain to my husband my stress level is high dan dia pun sentiasa membantu sebenarnya. Anak-anak pun dah besar boleh aje nak makan apa-apa. Cuma kadang-kadang kita dibendung rasa bersalah tu tak dapat masak home cooked yang lebih sihat etc. Mak-mak dan rasa bersalah macam kembar kan.

My point is semua orang akan melalui high and low during pandemic ni. Berpuluh tahun kita hidup cara lain, sekarang dah lain. I harap I akan selalu ingat bahawa keluarga adalah tulang belakang I dalam hidup ni. Dan tak ada perkara yang membolehkan I gembirakan mereka tanpa I jadi gembira terlebih dahulu. Rest if you must, but please come back.

To my fellow readers, semoga kita tabah melalui pandemik ini. This sounds cliche, tapi semua ni akan berlalu juga satu hari nanti. Semoga kita dapat kenang musim ini dengan senyuman. Bye!

Love from Melaka.

No comments:

Post a Comment