Pages

Sunday, October 27, 2019

7 tips mudah buat foodprep setiap minggu (walaupun sibuk sangat)

Hai assalamualaikum. Ada orang pernah beritahu saya, dia dah beli bekas semua, tapi masih tak dapat buat foodprep dengan konsisten. Niat tu dah ada, tapi masih tak ada kesempatan. Jadi kali ini saya share 7 tips mudah untuk buat foodprep ni walaupun kita sibuk sangat.

Setiap orang bagi saya ada kesibukan yang tersendiri. Ada orang sibuk dengan kerja, keluarga, balik kampung masa weekend, part time, menjaga keluarga yang sakit, lone ranger dan 1001 macam lagi. Apa yang kita lihat di media sosial biasanya adalah 10 atau 20% daripada kehidupan sebenar seseorang.

Saya sendiri bekerja pejabat dan ada hari perlu travel ke luar daerah, tolong menjaga bapa yang sakit (masuk wad setiap minggu untuk rawatan), menjaga 2 anak yang sedang membesar dan suami saya juga sangat sibuk. Tapi kami cuba adapt dengan semua kesibukan ni, jadi dapatlah saya kongsi beberapa tips di blog ini.

Jadi trust me saya faham betapa sibuknya anda di luar sana. Setiap seorang dengan cerita yang tersendiri. Foodprepping has been the game changer in my life. I now able to cook daily for the family transforming from the lazy bum 😂 to the cooking mama, and saving a lot of time, energy and money.

Saya kongsi 7 tips mudah buat foodprep setiap minggu di sini.

1. Simpan satu buku nota kecil



Atas ni pic my mini office di dapur. Saya sentiasa simpan buku nota dalam handbag dan juga di dapur. Buku nota di dapur saya tuliskan senarai barang yang nak dibeli- dipecahkan kepada beberapa kategori. Contoh ada list untuk 'Pasar' dan 'Speedmart'.

Pasar biasanya untuk suami- beli bahan masak mentah.
Speedmart- untuk saya beli stok bahan kering yang habis (rempah, santan dll.)

Kalau waktu kerja teringat saya akan tulis dulu. Nanti balik baru kategorikan.

Bagi saya penting untuk saya tulis 'Tempat' dan 'senarai barang' sebab saya ni pelupa haha. Kadang dah pergi tempat tu tapi sebab list tu bercampur- campur jadi tak perasan. Nak kirim dekat suami pula kena betul- betul tulis apa/ berapa ketui bagi mengelakkan kesilapan yang menjurus kepada bebelan. Orang tu tolong salah, tak tolong pun salah wakaka. 

Kadang saya tulis juga dekat 'Notes' phone, tapi tak berapa nak ingat. Bila tulis dengan pen baru macam betul- betul melekat dekat otak (adakah faktor usia? 😂). It's up to you as long as you ada notes, you ll be fine. 

2. Ada buku resipi sendiri

Pernah tak berangan ada buku resipi sendiri? Saya tak pernah tapi sekarang ada haha (buku kaler peach gambar kaktus kat atas tu). Buku resipi ni letak favourite recipe keluarga kita. It's so easy to terpengaruh nak masak resipi- resipi viral ni, tapi bila buat hanya dipandang sepi. My family suka makan nasi jadi saya memang masak nasi hampir setiap hari dan lauk Melayu. 

Dekat buku resipi ni saya tulis mana- mana resipi yang saya dah masak dan semua orang suka makan. Menu basic yang bahan senang, mudah dibuat masa nak cepat are my favourites. Ada juga resipi cookies kegemaran anak- anak. Kek diorang makan sikit- sikit nanti saya yang habiskan so tak payah buat (nanti mak yang gemuk).

Resipi senang dan mudah follow dari Ig Yatiekitchen, Cikinadodocheng, Wanakamal79 dan Icookweeat. Buat cookies pula dari Danishharraz. Tulis simple aje dalam tu: bahan, step dan note to myself (apa yang korang nak tokok tambah).

3. Tipuware/ bekas yang sesuai dan mencukupi

Bab beli tipuware ni biasa mak- mak dan isteri memang rajin. Gigih aje kita meneliti katalog Tupperware tu kan.  Sebenarnya tak kesah pun guna tupperware apa. Tips saya guna tuppeware yang jernih supaya nampak isi dalam tu, nak label pun boleh. Saya tak label sebab setiap minggu ada berapa bekas tu aje jadi memang boleh tau apa isi dalam tu.

Kalau suka beli ikan yang panjang/ lebar, cari bekas yang sesuai. Begitu juga dengan sayur. Beli sedikit- sedikit kalau perlu supaya tak membazir dan nanti nak sedia ruang nak simpan tipuware tak pakai pula (seperti sis T_T). 

Tipuware yang baik biasanya ada lambang 'sudu garfu' (food safe) dan 'segitiga recycle' ada nombor 5 (BPA free) di tapak dia. Untuk freezer boleh guna yang ada lambang 'snowflakes' Frozen tu supaya bekas tak mudah retak.

4. Beli stok bahan masak yang mudah didapati



Kalau sibuk suami saya akan beli stok ayam dan lamb frozen di kedai frozen Muslim berdekatan. Bukan untuk racist tapi sebab memudahkan dan to support local community. Ayam dan lamb tu adalah halal, siap dicuci bersih dan carefully chosen dari muslim supplier. Jadi jimatkan masa kita nak mencuci, beli terus simpan dalam freezer. Saya akan cuci lagi bila nak guna nanti.

Selain tu saya juga guna bawang merah siap kupas, cili boh dan ikan bilis siap kopek. Ada orang dia memang tak biasa guna barang siap sedia macam ni. Terpulang pada citarasa masing- masing. Cuma saya tak beli pes siap sebab rasa mahal dan lagi mudah terus masak dari scratch.

Kalau sibuk, cuba cari pilihan yang lebih mudah yang ada di sekeliling kita. Harga mungkin mahal sedikit, tak sesegar dari pasar tapi bila masak sendiri lagi puas hati dari beli kan.

5. Prep dengan hati yang tenang

Sebenarnya prep ni adalah mind game. Siapa aje yang rajin nak prep ni. Biasanya bila nak prep saya akan kemaskan dapur dulu bagi clear, siapkan makanan yang simple untuk anak- anak (sup, tomyam, bubur) supaya dorang tak kacau masa saya prep/ tapau makanan siap- siap, siapkan satu mug kopi kat tepi dan mula prep bahan satu persatu.

Ayam- saya akan rendam, buang gumpalan darah, rendam dengan sedikit tepung (any tepung), bilas.
Ikan- cuci bawah air laju, buang gumpalan kotor/ darah, bilas.
Daging- bilas dan simpan.
Sayur berdaun- rendam dengan sedikit garam/ cuka/ baking soda, bilas.
Lain- lain- jika perlu bilas air, biar kering sedikit, simpan.

Kalau sibuk sangat, saya tak prep sekaligus. Satu hari satu atau dua bahan sahaja. Asalkan esoknya saya boleh masak. Kalau kita masak tapi cranky sebab penat pun tak bagus juga kan (buat dosa aje haha).

6. Kemaskan peti sejuk



Bahan prep biasanya kita simpan di peti sejuk. Susun bahan siap prep ni di bahagian yang mudah nampak. Bahan yang dah lama/ tak tau bila nak masak/ dah expired baiklah kita keluarkan aje. Bila ada benda- benda lain ni dia akan jadi physical clutter dan buat kita jadi lomah badan nak masak 😂. Item yang selalu guna kalau tak simpan dalam bekas bertutup pun ok. Macam saya dah hari- hari nak capai serai, letak dalam balang terus.

Again, it is mind game. Isi barang nak masak dalam peti, peti pulak kemas dan bersih (di mata kita), lama- lama kita akan masak juga nanti.

7. Letakkan barang untuk masak setempat



Bila dah siap prep, jangan lupa jenguk bahan wajib untuk lengkapkan masakan pula. Tempat garam dan rempah-rempah kena ada berdekatan dan kemas. Bagi orang yang recipes limited like me, cukup ada simpan rempah- rempah yang perlu aje sebab kalau ada banyak sangat lama- lama akan expired guna sekali aje. Know yourself very well and start organising your essential cooking items.

Bila barang ni diletak setempat, kerja memasak nanti akan jadi cepat, mudah dan menyenangkan hati.

.....

Foodprep ni memang bukan untuk semua orang. My late mom dulu takde pun foodprep sebab hari- hari orang jual ikan datang rumah naik motor dan van depan rumah. Tengah masak pergi ambil daun kunyit kat kebun sat. Tapi saya hidup di zaman yang berbeza yang mana foodprep ni sangat memudahkan dan membuatkan saya rajin sikit nak masak hari-hari.

Apa- apa pun perkara di dunia ini, jika dimulakan dengan niat yang baik, pasti akan dipermudahkan. Sentiasa sebut dalam hati, even during your most sibuk gila days, I wanna cook for my family.

It must be something that you still read this post until this very line. It is either you really want to know the tips or you are a pro cuba nak kaji keberkesanan post I ni haha #sisseram. Apapun semoga sharing ini akan dapat membantu beginner foodprep di luar sana. Satu langkah yang kecil setiap hari may lead to bigger change in the long run. Good luck and lets prep together. See you again next week, bye!

No comments:

Post a Comment