Assalamualaikum. Bila dah lama sikit blogging ni mulalah rasa malas nak menulis. Tapi thanks to my planner saya masih mengekalkan momentum 1 post 1 minggu ni. Kali ini saya kongsikan 7 cara gunakan baking soda di rumah (selain dari buat kek dan biskut) yang saya sendiri pun baru tahu 😂. Mana yang saya dah cuba, saya tuliskan sekali infonya.
1. Serbuk pencuci/ penyental di rumah
Baking soda boleh digunakan untuk mencuci sinki, kaunter table top, tiles dan peralatan metal tanpa mengakibatkan calar. Hanya tabur, sental dan lap bersih. Kalau perlu letak sedikit air.
Kalau ada kotoran degil keras yang melekat di kuali/ baking tray, saya akan rendam kotoran dengan baking soda + cuka putih semalaman. Esoknya mudah aje nak sental sebab kotoran tu dah tertanggal.
Kalau ada kotoran degil keras yang melekat di kuali/ baking tray, saya akan rendam kotoran dengan baking soda + cuka putih semalaman. Esoknya mudah aje nak sental sebab kotoran tu dah tertanggal.
2. Pembersih saluran sinki
Selain itu, saya biasa curah baking soda ke dalam lubang sinki setelah selesai mengemas dapur pada waktu malam. Alirkan air sedikit kemudian jerang secerek air. Kemudian curah air panas tadi ke dalam sinki. Dengan cara ini laluan air akan bersih dari benda- benda yang melekat.
Jika sudah tersumbat saya baca boleh letakkan baking soda + cuka putih + air panas ke dalam sinki.
Jika sudah tersumbat saya baca boleh letakkan baking soda + cuka putih + air panas ke dalam sinki.
Saya memang tak curah lebihan minyak ke sinki. Saya buang ke dalam tong sampah sisa yang dilapik double layer plastik terpakai.
3. Pencuci mangkuk tandas duduk dan berusnya
Untuk cuci mangkuk tandas saya akan taburkan baking soda dan sedikit essential oil (saya guna tea tree oil). Kemudian rendamkan sekali berus mangkuk tandas. Boleh letakkan sabun yang biasa kita guna. Lepas 10 minit, berus dan flush tandas tersebut.
Mangkuk tandas dan berus akan bersih, segar dan harapannya saluran di bawah juga akan clear 😄.
4. Penanggal label pada botol kaca
Jika suka pada botol kaca dan nak gunakan semula, boleh guna pes ini untuk tanggalkan. Campurkan 1 bahagian baking soda dan 1 bahagian minyak masak. Agak-agak banyak mana saya biasa guna 1/ 2 sudu sahaja. Sapukan pes tadi pada label. Biar 15 minit.
Kemudian rendam botol dalam air panas. Label akan mudah ditanggalkan. Cuma hati-hati sebab pes ni agak tajam pada tangan.
3. Penyegar udara peti sejuk dan ruang tertutup
Baking soda berupaya menyerap bau di dalam peti sejuk, almari kasut, bawah sinki dan banyak lagi. Caranya simpan 1 balang baking soda dalam ruang tersebut tapi tak ditutup sepenuhnya. Saya cadangkan ikat botol dengan kain net/ kasa untuk elak ia tumpah.
Selepas 1 bulan, boleh tukar baking soda ni dan gunakan untuk bersihkan saluran sinki macam no. 2 di atas ni.
4. Pemutih gigi
Kalau di negara barat, ada produk gigi yang mengandungi baking soda sebagai ejen pemutih. Caranya sekali sekala, letak sedikit baking soda di atas berus gigi yang lembap dan mula memberus.
Kalau selalu diamalkan tak mustahil gigi kita akan putih berseri. Teringat kecil- kecil dulu guna arang haha 😂.
5. Penyegar carpet
Untuk menghilangkan bau yang tak menyenangkan, sebelum vakum carpet taburkan baking soda secara serata ke atas carpet. Carpet ni kita jarang basuh kadang ada sisa minuman, haiwan tidur atas tu, muntah dan lain- lain yang kita tak nampak. Jika ada kotoran bersihkan dulu, baru tabur baking soda. Selepas 15 minit baru vakum.
Satu lagi tip adalah letak essential oil dalam baking soda sebelum ditabur. Carpet akan wangi dan segar lepas tu.
6. Pencuci sayur dan buah- buahan
Bagi sayuran berdaun, boleh rendam dengan baking soda dan biar sekejap. Kemudian gosok daun sewaktu membilas di bawah air paip yang laju. Bagi timun misalnya boleh letak baking soda dan sental kulitnya dengan sedikit air. Saya biasa potong kecil carrot, bunga kobis dan lain- lain kemudian rendam dengan sedikit baking soda.
Dengan cara ini, bahan kimia yang disembur pada tumbuhan tu dapat kita elakkan.
7. Penyerap bau di bekas najis haiwan peliharaan
Bagi yang pelihara kucing dan gunakan pasir, boleh cuba letakkan baking soda dan kemudian baru letakkan pasir. Dengan cara ni pasir akan tahan lebih lama dan bau juga akan diserap oleh baking soda tu.
EKSTRA!
8. Penghilang kerak dalam cerek
Dulu saya pernah beli pembersih cerek Cosway. Memang bersih dan berkilat dalaman cerek. Baru- baru ni saya cuba letak baking soda (dalam 2 sudu), letak air 1/4 cerek, biar semalaman dan esok paginya terus jerang air dalam cerek tu. Kemudian sental guna berus kecil yang saya beli di Daiso. Hilang terus kerak degil dalam jug kettle saya. Happy!
Cuma kalau dah rendam tu make sure letak nota 'jangan minum' kalau tak nanti ada yang minum air baking soda pula kan. Saya biasa selotape dan tampal nota. Oh ada juga share untuk guna asid sitrik nanti saya nak cuba.
......
Kenapa nak bersusah payah guna baking soda ni? Sedangkan banyak aje detergen untuk kita bersihkan rumah?
Ok bagi saya baking soda ni dia tidak mengandungi campuran bahan kimia. Dari dulu lagi mat saleh dah gunakan sebagai satu bahan detergen mereka. Kalau lihat ia selamat untuk dimakan (buat biskut dan kek) jadi saya rasa kalau digunakan secara berpada- pada untuk membersihkan adalah lebih selamat berbanding menggunakan bahan yang kita pun tak faham nama dia tu.
Lagi satu, ia akan mengurangkan plastic waste kita. Satu bahan boleh digunakan untuk segenap ruang rumah dari baking hingga list di atas ni. Dunia konsumer hari ini memang galakkan kita untuk membeli bahan yang berbeza untuk setiap tugasan. Sebenarnya 1 bahan tu boleh digunakan untuk banyak perkara. Saya juga masih belum bebaskan diri dari plastic chain ni, but I am trying. I hope you will try too 😊.
Info di sini kebanyakannya saya baca, tonton video dan dari website armandhammer. Arm and Hammer adalah jenama baking soda terkemuka yang mempunyai pelbagai produk berasaskan baking soda.
Baking soda ni boleh didapati di mana-mana kedai/ pasaraya cari di bahagian baking. Jika nak lebih banyak boleh beli di kedai jual bahan bakeri/ online (Shopee dll).
Info di sini kebanyakannya saya baca, tonton video dan dari website armandhammer. Arm and Hammer adalah jenama baking soda terkemuka yang mempunyai pelbagai produk berasaskan baking soda.
Baking soda ni boleh didapati di mana-mana kedai/ pasaraya cari di bahagian baking. Jika nak lebih banyak boleh beli di kedai jual bahan bakeri/ online (Shopee dll).
Terima kasih membaca tip 7 cara gunakan baking soda saya ni. Jumpa lagi minggu depan. Bye!
No comments:
Post a Comment