Pages

Tuesday, April 14, 2020

7 tips hidup tenang semasa PKP dari Prof Muhaya

Assalamualaikum. Saya rasa setiap orang akan rasa terkesan dengan PKP. Mula-mula kita rasa ok untuk 2 minggu aje ni, lepas tu 2 minggu lagi, lepas tu lagi dan lagi. Rutin kita mula berubah dan makin lama kita akan mula terima kenyataan. Semasa PKP ni saya kurangkan social media, buka bila perlu aje jadi terfikir untuk buka Youtube Prof Muhaya. Prof pesan jangan sanjungi dia, dia hanya perantara sahaja, cuma sampaikan pesan dia kepada orang lain.

Jadi dengan blog ini, saya sampaikan pesanan Prof Muhaya bagaimana untuk hidup tenang semasa PKP ini. Prof kata siapa share dia doakan jadi sis adalah sejenis tamak haloba tetappp nak share walaupun follower tak ramai hahah. Tips ini saya compile dari video-video Prof. Mungkin tak perfect penerangan saya jadi boleh tonton video Prof untuk lebih faham ok. 

1. Buka mata dan buat apa dahulu?

Menurut Prof, if you can tackle your morning, you can tackle your day.

Caranya adalah sebaik terjaga dari tidur buka mata terus fikir perkara yang positif. Kalau ada fikir oh this is another boring day, ada banyak kerja, today is stress, cepat-cepat tukar kepada perkataan yang positif. Sebut alhamdulillah masih bernafas lagi, alhamdulillah anak-anak dan keluarga masih sihat, masih sihat untuk buat kerja dan perkara-perkara baik yang lain.

Bangun pagi jangan lihat telefon dulu. Sebelum tidur saya dah off internet phone jadi takde urge nak tengok whatsapp dll. Pegang phone cuma nak tutup alarm. Kemudian Prof pesan untuk baca Al-Quran sebab Al-Quran ni mukjizat dia adalah untuk beri ketenangan serta-merta.

Jadi, celik mata terus tukar kata-kata hati kepada positif, avoid handphone dan baca Al-Quran atau bacaan positif terlebih dahulu.

Buku-buku doa/ surah yang saya baca pada waktu lapang

2. Bersiap kemas dan helok

Ok Prof memang tak cakap helok tu (itu ayat sis 😂) tapi beliau memang pesan supaya bersiap maknanya mandi, wangi, cantik-cantik (mekap sikit) masa duduk dekat rumah. Elakkan pakai baju tidur (kelawar dll) sebab secara psikologinya manusia ni (suami, anak-anak dan kita sendiri pun) suka melihat benda-benda yang indah.

Bab ni sis memang sedang berusaha sebab sejenis yang nak sapu rumah dulu baru mandi. Jadi saya tetapkan masa dalam pukul 8 dah siap mandi dan wangi. Walau pakai track suit dan t shirt pastikan kita comel dan kemas (sendiri perasan gittew 😂). Macam saya avoid jugak t shirt/ seluar yang baggy. Macamana kita bersiap nak keluar sepatutnya begitulah persiapan kita nak tinggal di rumah juga.

Actually Prof pesan kepada yang bekerja dari rumah dan bergaji penuh, kena bersiap pagi-pagi macam nak pergi kerja dan bekerja betul-betul dari rumah untuk keberkatan gaji tu. Perancangan masa tu penting, selesaikan urusan pejabat yang penting dahulu dan kemudian rumah. Kerja dari rumah memang tak boleh full swing sebab kelengkapan pun terhad, tapi kita buat kerja tu dengan bersungguh-sungguh dengan segala upaya yang ada.

3. Berada dalam kumpulan (circle) yang betul

Satu perkara yang saya ubah semasa PKP  adalah mula dengar video motivasi. Walaupun video tapi saya dengar aje sebab guna earphone. Dulu dengar masa masak, sekarang bila buat kerja rumah pun saya dengar. Rupa-rupanya, mendengar video motivasi, berusaha mencari ilmu ni sangat membantu kita untuk berada dalam circle yang betul.

Kenapa pula nak kena dengar video segala ni? Sebab perasaan kita ni turun naik. Semalam happy tenang, hari ni mungkin kesabaran tu dah senipis kulit bawang 👽. Menonton video motivasi ni mengingatkan kita ni manusia biasa aje. Nak ke kelas agama dekat masjid dah tak boleh, jadi usahakan untuk berada dalam circle yang betul dan menonton video ilmu yang positif.

Prof kata you are who you follow on social medias. Siapa yang kita follow di social media menentukan siapa diri kita pada hari ini. Kalau circle whatsapp tu pula avoid orang-orang yang negatif ni. Usah dilayan orang yang provokatif. Ini video Prof pertama yang saya tonton di Youtube semasa PKP. Infact this is my turning point. Terima kasih Prof!


4. Makan dengan sihat

Kalau lihat Prof ni beliau seorang yang berseri-seri betul tak? Menurut beliau untuk jadi orang yang tenang dan sentiasa memberi kepada orang lain (giver) kita mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat juga. Beliau pesan untuk elakkan gula putih, beras putih dan tepung putih.

Gula putih ditukar kepada erythritol (boleh cari di Shopee).
Beras putih kepada beras perang.
Tepung putih jika boleh elakkan kerana mostly akan jadi processed foods.

Oleh kerana PKP ni mudah buat kita mencuba pelbagai resipi, jadi cuba renung semula nasihat Prof ini. Gula putih akan buatkan sel kanser berkembang biak dalam tubuh kita. Ditambah lagi kita stress jadi kesannya adalah tidak terjangka. Saya perlahan-lahan tukar gula family kepada gula yang sihat, beras pula still guna beras putih cuma pastikan family tak over makan. Tepung putih pun dah cuba dikurangkan. Ada aje resipi/ menu yang lebih sihat kita boleh survey di internet. Nasihat kuno macam makan sayur dan buah tu memang patut kita amalkan.

Selepas wabak ni berakhir, perkara yang paling kita tak nak dengar adalah ahli keluarga kita sakit betul tak?

5. Kongsi perkara yang positif sahaja

Bila zaman covid ni akan ramai orang share berita kepada kita. Kadang 1 maklumat tu ada 3 group yang hantar. Berita tambahan kematian, polis buat roadblock di ceruk mana pun kita tahu. Memang bagus info ni tapi ia akan beri respon negatif kepada penerima. Biasa kita risau, teringat suami tengah keluar kerja (sis lah tu), create panic dan yang keluar sebagai reply adalah emoji risau 😓, sedih 😭 pendek kata yang negatif akan keluar. Paling teruk, berita tu palsu pula. 

Jadi Prof pesan supaya kurangkan menonton/ baca berita dan banyakkan baca perkara yang positif. Bagi beliau, masa lockdown ini digunakan sepenuhnya untuk membuat content yang positif di social media sebab free dari pembedahan mata. Berita berapa orang meninggal semua Prof tak tahu, husband dia yang update dia (comel di situ 😅). Dia cuma kata kita kena ulang-ulang cakap bahawa semua ini akan berakhir.

It's okay untuk share berita yang sahih, benar sekali-sekala. Sekarang ni pun dah banyak channel untuk info Covid 19. Lebih baik untuk share info yang gembira dan positif kepada orang lain. Ingat kurangkan lihat berita, banyakkan membaca (cari ilmu). Share yang positif sahaja.

6.  Jaga secret life dan personal life dahulu

Menurut Prof, manusia ni ada 3 kehidupan.

1. Secret life (sendirian dengan Tuhan, sorang-sorang)
2. Personal life (dengan keluarga)
3. Public life (dengan jiran, di office, di media sosial)

Kehidupan secret paling penting macam apa kita terdetik bila lihat kehidupan orang. Prof cakap kata-kata hati ini adalah diri kita yang sebenar. Sentiasa doakan orang lain, dan maafkan orang yang berbuat salah pada kita. Secret life juga adalah bila kita berdoa. Pergantungan kita kepada Illahi. Kita percayakan percaturan Dia atau pun tidak?

Personal pula dengan keluarga. Ada orang hebat di public tetapi kehidupan dengan keluarga menyedihkan. Anak dan suami tak dilayan. Ibu bapa dilupakan. Kehidupan paling tertekan bila 3 jenis life ini tidak seiring. Publicnya hebat tapi secret dan personal sendu. Jadi perbaiki secret life dan personal insyaAllah everything will fall into place. Just watch her videos and you will know how.

7. Be a giver (jadi seorang pemberi)

Mak-mak ni selalu fikir asyik I je yang masak/ kemas rumah/ buat kerja dari pagi/ macam-macam lagi bila dah penat. Kita selalu rasa kita ni asyik memberi tapi sebenarnya bila kita kata begitu kita harapkan penghargaan dan ucapan terima kasih dari orang lain (we are actually a taker).

Semuanya bermula dari saat kita bangun pagi dan cakap Ya Allah aku ingin jadi orang yang memberi pada hari ini. Ingin jadi isteri/ ibu/ anak/ jiran/ ______ yang memberi. Kita buat ini semua untuk keredhaan Allah swt dan tak harapkan penghargaan manusia. Bila kita berjaya ucapkan kata-kata ini dengan ikhlas insyaAllah no one can destroy your day (except yourself but go back to the circle, dari pengalaman sis 😂).

Bila rasa nak marah, saya fikir macamana kalau ini hari last aku jumpa suami/ anak-anak? Macamana kalau esok aku meninggal? Penting ke perasaan nak marah ni lagi?

Kita berada di zon mana sekarang?

Tak ada siapa boleh menafikan kesan Covid 19 ini. Sekarang Ayah saya tinggal sekali di rumah jadi saya selalu baca paper Sinar Harian. Dalam paper ni complete semua data dari segi ekonomi, kesihatan, bisnes, peluang bisnes dll yang boleh dibaca termasuk ulasan dari pakar ekonomi, pendidikan, ketua pengarang dan banyak lagi (thanks to team suratkhabar & wartawan). While the effect might be uncertain, apa yang penting adalah kita kekal tenang dalam mengharungi semua ini.

Kenapa kena kekal tenang? Kerana bila kita tenang badan kita boleh melawan penyakit dan imun badan akan menjadi sangat baik. Dan orang yang tenang selalu menang, kata Prof. Kita juga akan mudah memberi (giver). Dunia ini hanya persinggahan sahaja so lets be the best version of us during this test.

Terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga ke perenggan ini. Ada yang baca tulisan saya sejak zaman saya mula membebel di Instagram lagi haha. Menulis has been my escapism for so long and thank you again. Terima kasih kepada Prof Muhaya yang belajar setiap hari untuk mengajar orang lain. Beliau kata ini untuk pencen kuburnya. Semoga Prof sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Nak share one of my fav video yang menjadi eye opener for me on relationship goal. Ini kali pertama saya dengar satu pasangan berasa yakin untuk mengebumikan pasangan dia satu hari nanti (tanpa kesedihan). Prof is one of a million. You have to watch till the end. Till then, bye!




1 comment: