Pages

Thursday, April 9, 2020

Reality check during RMO (a mak2 story)

Assalamualaikum. Finally decided to write a random post. Jadi kalau anda tak suka baca cerita, you can go back to Ig and keep scrolling heheh.

Pagi ni seperti biasa sebelum jam bunyi pukul 5 mata dah celik. Bila bangun kepala jadi berat dan hati pun risau. Lepas tu teringat I tengah bendera Jepun sebab tu hati mudah jadi kosong dan lalai. Sambil godek-godek kat katil merenung jendela (agittew), tetiba rasa rindu dekat bilik office. Tiba-tiba ada ingatan yang jelas dekat meja lama yang dah 14 tahun guna tu, my old school pc, aircond tu dah rosak sikit tapi I ok aje lama-lama dia sejuklah. Yeah I miss my room T_T.

my humble room

Lepas tu keluar dari bilik jenguk anak-anak (biasalah mak2 memang cenggini). Sape lupa bukak ubat racun nyamuk, slowkan kipas/ aircond, melihat gerombolan kertas dan buku atas meja study, dan dari kejauhan saya dapat lihat barang-barang dapur baru sampai dari Tesco semalam dekat lantai. My house is like 50% mess. Yeah sebab tu I pening T_T.

Saya rasa tak kira kita kerja atau tidak, we missed the time being alone. Dulu anak-anak kita pergi taska, tadika, sekolah. Jadi kita ada masa nak duduk bersendirian. Bila duduk sendiri tu pun kadang tak buat apa. Main telefon, google macam-macam heheh. Just us and time = me time.

Pagi ni saya capai terjemahan Surah Al-Kahfi dan mula baca. It is hard during nippon time macam ni, kita tak boleh baca Quran macam biasa. Kebaikan RMO ni adalah saya sempat baca Quran hampir setiap kali lepas solat. Jadi sebagai pengganti baca surah-surah dan terjemahan sahaja. 

How I killed boredom? I have created a new blog, blogging, tried desserts making (agar-agar lengkong, choc cake), bersenam (tapi slow down bila sakit kaki), organized my store room (and invented a mini pantry), baca buku Marie Kondo (again) and launched few diy projects at home with minimal budget haha.

And how I stay motivated (some days). I listen to Prof Muhaya's Youtube during cooking. I avoid social media. Bila rasa tak terlarat sangat nak handle macam-macam hal dan perasaan, saya baca Quran. Apa yang penting dalam saat macam ni, saya tak nak anak dan suami pula yang depressed.

Kepada semua yang membaca post ini, setiap dari kita melalui perasaan dan dugaan yang berbeza. Kalau kita ada rasa terkesan melihat kesempurnaan hidup orang lain, percayalah tak ada siapa yang hidup sempurna di dunia ini. Kalau dia tunjuk dapur yang kemas, mungkin living room dia sedang dalam total disaster (sis lah tu haha). Nobody lives a perfect life. Cuma doakan semua orang and avoid it bila hati kita nak bercakap macam-macam. Prof Muhaya cakap bisikan hati kita (our secret life) adalah diri kita yang sebenar.

Kesimpulannya pagi ni, lepas kejutkan semua orang solat, sis ko telah mengemas meja study, menyusun barang dekat dapur, mengclearkan drying rack, basuh baju 1 load semuanya dari pukul 6-7 lepas tu sesi luahan perasaan dekat blog. Bila ada perkara tak teratur dalam hidup, cuba aturkan semula satu-persatu. Writing has always been a theraphy for me.

Oh ya sambil buat kerja tu, saya bancuh my last sachet of my favorite coffee. Itu pun satu sebab risau juga tu sebab kopi feveret dah nak habis. Perempuan, itu pun nak risau 😂.

Power nook/ reading nook
I plan nak buat my own power nook/ reading nook. Tapi dengan bajet yang limited as usual hahah. Always keep yourself busy, write down new projects (buat tak buat belakang kira). Saya doakan semua yang membaca di sini dikurniakan ketabahan hati melalui PKP atau Restrictive Movement Order ini. Saya teringat satu petikan dari buku Ahmad Ammar (seorang student yang meninggal dunia di Mesir):

"Dunia ini tempat berpenat, akhirat nanti kita berehat".

That is really soothing for me.

Thank you for reading.

Love from Melaka.


2 comments: